Showing posts with label karya terbaru. Show all posts
Showing posts with label karya terbaru. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

KUPILIH REDHA-MU @ Karya Bestari @ Karangkraf






 

Kupilih Redha-Mu

Alhamdulillah...tahun ini ada rezeki saya untuk menambah karya baharu. Sahabat-sahabat yang budiman, jangan lupa dapatkannya yea :)
 


 
 
 

Sunday, November 10, 2013

Surat Daripada TUHAN



~kini sudah berada di pasaran~
 


Wednesday, April 3, 2013

Pra-Pembikinan Surat Daripada TUHAN



Penulis bergambar dengan tim Karya Bestari setelah selesai penggambaran untuk buku Surat Daripada TUHAN

Tuesday, October 18, 2011

BAKAL TERBIT! TAHNIAH BUAT RUHANA ZAKI. KAU HADIR DALAM MUNAJATKU


Tahniah buat Ruhana Zaki selepas cemerlang dalam penulisannya Kerana-MU Aku Berubah kini lahir pula hasil karya terbaru yang bertajuk KAU Hadir Dalam Munajatku. Memang sentuhannya kali ini lebih menyengat dengan bahasanya dan juga kandungan yang ingin disampaikan. Motivasi Islamik yang mula mendapat tempat pembaca bagi siri Kauthar ini memang tidak disangkal lagi dengan kehadiran banyak buku diterbitkan oleh Karya Bestari. Syukur Alhamdulillah banyak judul kami telah diulang cetak dan kami merasakan ALLAH bersama kami dalam menyampaikan Ilmu-NYA... Moga ilmu yang disampaikan ini memberi syafaat dan juga mendapat rahmat serta perlindungan dari ALLAH. S.W.T...
Selesai sahaja buku ini disiapkan covernya cepat-cepat kami hantarkan kepada penulis. Memang Puan Ruhana Zaki sangat gembira dengan ketibaan cover ini di mukabuku/facebook. Seronoknya bukan kepalang membuatkan hati kami juga berbunga mekar. Sangat exited bila melihat rakan-rakan Puan Ruhana Zaki memberi komen positif dan berkongsi kegembiraan walaupun bukunya tidak lagi berada di pangkuannya. Buku ini masih dalam percetakan dan InsyaALLAH akan berada dipasaran pada penghujung Oktober 2011 ini.

 
Sedarilah... tanah yang dipijak ini
adalah milik ALLAH S.W.T
dan udara yang dihirup ini juga milik-NYA.
Andai pernah terlanjur membuat-NYA murka,
masih ada masa untuk membuka lembaran baru.
Andai terasa diri sudah sempurna,
teruskanlah amalan hingga ke hujung nyawa.
Semoga kalimah terakhir kita adalah laailaahaillallah...


Nikmat
dunia sememangnya tidak akan habis dikejar. Biarlah dunia berlari. Sudah sampai masa kita berjalan dengan tenang untuk mengutip amalan yang tertinggal. Dan sudah sampai masa kita membuang debu-debu kotor yang melekat di badan agar tidak menjadi beban di Padang Mahsyar kelak.
Ketika menyiapkan bekalan, sudah semestinya kita memerlukan kehadiran TUHAN. Rasailah kasih sayang-NYA setiap kali kita melangkah. Tadahlah tangan, serahkanlah sepenuh hati kepada-NYA. Yakinlah... DIA pasti memperkenankan permintaan, melapangkan kesusahan dan menyembuhkan kedukaan.
KAU Hadir Dalam Munajatku mengajak kita mendambakan kehadiran ILAHI dalam segenap penjuru kehidupan. Pulanglah ke jalan TUHAN. Kembalilah kepada rahmat-NYA yang tiada tara itu. Buangkanlah semua keluhan dan runtuhkanlah apa jua jurang. Sujudlah pada-NYA, moga DIA memperkenankan jalan redha… moga kehadiran-NYA dapat dirasai dalam setiap munajat kita.
ANTARA PENGISIAN MENARIK:
  • Tika Hati Bertasbih
  • Bicara Hati dan Iman
  • Terbilang di Sisi TUHAN
  • Masaku Semakin Hampir
  • Alam Tidak Pernah Ingkar
  • Berbekallah Dengan Cukup
  • Setiap Sendi Benci Maksiat
  • Pulanglah Dengan Sejahtera
  • Penghujung Itulah Permulaan
  • Sebelum Jasad Dimamah Bumi
Sebarang pertanyaan Hubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@ka­rangkraf.com mailto:promogrupbuku@karangkraf.com Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza).
 


KAU Hadir Dalam Munajatku: Ruhana Zaki





BUKU: KAU HADIR DALAM MUNAJATKU
PENULIS: RUHANA ZAKI
 ISBN: 978-967-86-0388-1
HARGA: RM19.90
HALAMAN: 480

Nikmat dunia sememangnya tidak akan habis dikejar. Biarlah dunia berlari. Sudah sampai masa kita berjalan dengan tenang untuk mengutip amalan yang tertinggal. Dan sudah sampai masa kita membuang debu-debu kotor yang melekat di badan agar tidak menjadi beban di Padang Mahsyar kelak. Keti...ka menyiapkan bekalan, sudah semestinya kita memerlukan kehadiran TUHAN. Rasailah kasih sayang-NYA setiap kali kita melangkah. Tadahlah tangan, serahkanlah sepenuh hati kepada-NYA. Yakinlah... DIA pasti memperkenankan permintaan, melapangkan kesusahan dan menyembuhkan kedukaan. KAU Hadir Dalam Munajatku mengajak kita mendambakan kehadiran ILAHI dalam segenap penjuru kehidupan. Pulanglah ke jalan TUHAN. Kembalilah kepada rahmat-NYA yang tiada tara itu. Buangkanlah semua keluhan dan runtuhkanlah apa jua jurang. Sujudlah pada-NYA, moga DIA memperkenankan jalan redha… moga kehadiran-NYA dapat dirasai dalam setiap munajat kita.

Antara kandungan menarik:
 -Tika Hati Bertasbih
 -Bicara Hati dan Iman
-Terbilang di Sisi TUHAN
-Masaku Semakin Hampir
-Alam Tidak Pernah Ingkar
-Berbekallah Dengan Cukup
-Setiap Sendi Benci Maksiat
-Pulanglah Dengan Sejahtera
 -Penghujung Itulah Permulaan -
Sebelum Jasad Dimamah Bumi


Thursday, December 9, 2010

Kerana-Mu Aku Berubah

Buku baru, buku baru! Masih panas lagi...baru terbit dari kilang. Jangan ketinggalan memilikinya, sama ada dengan membelinya di toko buku, ataupun melanggan terus dari Karangkraf. Jika melanggan terus dari Karangkraf, saya percaya anda akan untung besar kerana pihak penerbit akan memberi diskaun untuk harga buku dan pengecualian bayaran pos. Tentu berbaloi, kan???


Dalam tempoh setahun, saya berjaya menghasilkan dua buah buku motivasi islamik yang diterbitkan oleh Karya Bestari @ Grupbuku Karangkraf. Pencapaian ini sangat saya syukuri kerana merupakan suatu pencapaian yang sangat baik bagi saya, dalam bidang penulisan setakat ini. Kesibukan bukanlah alasan asalkan hati mahu melakukannya. Menulis buku-buku ini memanglah mencabar kerana memerlukan pemerhatian yang teliti terhadap sesuatu isu. Selain itu, saya juga perlu berhati-hati ketika memasukkan dalil naqli:al-Quran dan hadis. Melalui penulisan, saya merebut peluang untuk belajar dan mendalami ilmu-ilmu Islam.




Saya dengan setulus hati ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih tak terhingga buat team Karya Bestari yang sentiasa menyemarakkan semangat saya untuk terus menghasilkan karya yang berunsur keislaman. Sedikit sebanyak saya berniat untuk menyumbang kepada masyarakat melalui bidang ini. Semogalah buku-buku saya akan memberi walaupun sedikit manfaat kepada pembaca.


Salam ukhuwah dan selamat membaca!

Friday, November 12, 2010

Kerana-Mu Aku Berubah

Alhamdulillah, dengan izin Ilahi saya dapat menyiapkan sebuah buku lagi. saya sangat bersyukur kerana dalam kesibukan bekerja, masih diberi peluang untuk menitipkan ilham yang akhrnya dicetak untuk tatapan umum.

Ilham menulis buku ini tercetus pabila setiap hari saya melihat remaja dan anak gadis sebangsa dengan saya dan seagama dengan saya begitu jauh terlibat dalam kegelinciran akhlak. Mereka bebas bergaul tanpa mengendah batasan syariat. Mereka bebas membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Mereka tega menayang kecantikan tanpa rasa takut. Pendek kata, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan padangan dan hisab Yang Maha Esa.

Lebih jauh daripada itu, saya sebagai ibu ingin mengingatkan diri sendiri bahawa mendidik anak perempuan itu bukannya mudah. Mendidik anak lelaki juga payah. Jika kita sebagai ibu tidak memainkan peranan yang sepatutnya, lihatlah apa yang banyak berlaku kini. Remaja hilang kualiti, remaja malu untuk hidup beragama, remaja malu mengakui dirinya seorang yang beragama Islam.

Sebagai ibu dan guru pertama, di bahu kita jugalah terletak hisab yang paling berat. Kitalah yang bertanggungjawab untuk memastikan kelahiran generasi yang berkualiti dan berakhlak mulia. Bermula dengan diri kita yang mesti menanamkan kualiti dalam diri dan menyuburkan akhlak mulia dalam hati nubari.



Buku ini tidaklah hebat. Tetapi saya mengharap sedikit ilmu di dalamnya akan dimanfaatkan bersama. Kita perlu berubah. Kita mesti berani berubah jika hendak menempah redha Ilahi. Berubah kerana Allah, berubah menuju Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang.
Related Posts with Thumbnails