Monday, March 29, 2010

Sanubari Pujaan

Penulis: Afni Sari
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-496-8

Sinopsis:

PERHATIAN yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindui lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor, dia mengambil langkah memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian.

Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi, Kauthar mem bicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunang an dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati. Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi.

Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta di jiwa Karl. Ketulusan Karl berjaya membuka semula pintu hati Kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakan. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan, yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya se mula. Dan Kauthar terpaksa memilih. Jika jatuh cinta itu boleh dirancang... pasti tiada hati yang akan terluka.





Tinta Penulis:

SAYA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Alaf 21 kerana sudi menerbitkan karya saya yang tidak seberapa ini. Walaupun garapan saya tidak sehebat penulis-penulis lain, saya menyimpan harapan novel ini mampu menyedarkan segolongan masyarakat yang masih tidak bersedia, tetapi sudah mahu berumah tangga. Banyak perkara mesti ditimbang, dibanding dan dibeza sebelum membuat keputusan sebesar itu.

Barangkali tiada masalah jika wang dan harta sudah mengizinkan. Namun, adakah kekasih yang ditatang itu layak menjadi pasangan hidup? Perkahwinan tidaklah mudah, semudah memilih ‘calon’ melalui gambar, diperkenalkan oleh orang lain dan sebagainya. Apa yang akan dihadapi selepas sah akad nikah itu yang penting. Tanggungjawab, kesanggupan menerima pasangan seadanya, membina hubungan dengan mertua, ipar duai dan orangorang baru dalam kehidupan kita... semua perlu difi kirkan semasak-masaknya. Untuk pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga dan berbahagia, tahniah saya ucapkan.

Saya tumpang gembira. Membinanya mudah, namun mengekalkannya perlukan jihad dan iman yang kental. Untuk pasangan yang sering dilanda gelora, maka haruslah berusaha bersolat, berdoa, bersabar dan bertawakkallah kepada ALLAH S.W.T. Barangkali perkahwinan anda perlu ‘dijenamakan’ semula!

Salam sayang, Afni Sari afni_sari@ymail.com

2 comments:

Related Posts with Thumbnails