Novel

1. Hanya Untukmu Ain, 2003



2. Seraut Kasih, 2003



Kay...aku pernah mencintaimu sepenuh hati meskipun aku tidak mengetahui di mana tempatku di hatimu. Aku terus menanti dan mengharap semoga ada ruang dan peluang untukku mencipta bahagia di sampingmu namun...hampa. Aku tidak kaupandang kerana aku tidak secantik primadona.
Kini pabila kaudatang merayu kasihku kembali, aku sudah tidak berupaya berundur lagi. Percayalah, perasan itu tidak pernah terpadam apatah lagi berkubur. Cuma ia kusemat dalam-dalam supaya aku tidak dituduh terlalu mendambakan cinta orang yang tak sudi.
Kay, aku tidak malu untuk bersama denganmu lagi jika tidak kufikirkan segunung dosa yang memagariku kini. Kerana dosa-dosa itulah aku mesti memilih Tuan Nizamuddin. Aku ingin bertaubat...kau tidak tahu kisah hidupku dengana lelaki itu, Kay.
Kay, terimalah suratan cinta kita...


3. Semusim Cinta, 2004




4. Alunan Rindu, 2006



Kematian suami tercinta yang selama ini menjadi tunggak rumah tangga bukanlah suatu pengakhiran sebuah kehidupan. Hidup ini terus berputar. Begitulah anak nelayan akur pada roda waktu; laut lepas tetap menjadi guru turun-temurun.
Sakina az-Zahra tiada masa untuk menjejak air mata yang gugur. Bersama Ihsan, putera tunggal yang menjadi racun dan penawar, dia yang terus diuji waktu tetap meneruskan kerja suami-membangunkan daerah anak nelayan.
Kekuatannya pada semangat. Dan kelemahannya hanya kerana dia seorang ibu tunggal muda. Dia dijejaki lelaki yang ingin meraih cintanya. Namun cinta kental pada suami mendesak Sakina menutup pintu hatinya untuk lelaki lain...
Amat manis agaknya cinta lalu yang pernah ditentang keluarga.
Kuatkah hatinya untuk mengharungi dugaan bersedirian?
Kesepian bakal mencipta rindu akan kehadiran lelaki...
Namun akhirnya jalan yang dipilih itu juga yang diredah...


5. Seteguh Cinta, 2007



Sri Aryani keliru. Kehadiran semula Imad dalam hidupnya membuat dirinya dibuai mimpi semalam. Satu ketika dulu Imad pernah menyelamatkan dirinya dari terus menjadi mangsa Riz. Imad banyak menyulam impian dan harapannya untuk meneruskan hidup.
Kasihnya pada Imad mengatasi kelukaan yang ditinggalkan lelaki itu. Sri Aryani buntu menghadapi persimpangan di hadapannya. Haruskah dia kembali kepada Imad lantas melupakan kenangan bersama arwah suaminya, Azhan yang meninggal dunia akibat HIV positif?
Haruskah dia berterus-terang dengan Imad akan status dirinya? Adakah dia juga turut dijangkiti virus yang tiada penawar itu? Jika Imad tahu, apakah kasihnya akan bersemi jua?


6. Jika Kau Kekasih, 2008




7. Sanubari Pujaan, 2010



Related Posts with Thumbnails