Friday, January 21, 2011

Gemilang Penulis di Sinar Harian

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana sudi mempromosi buku saya yang terbaharu, Kerana-Mu Aku Berubah dalam ruangan Gemilang Penulis pada 5 Disember 2010.



Alhamdulillah, tahun 2010 boleh diibarat sebagai tahun yang gemilang buat saya. Bukan setakat kehidupan peribadi: berpindah rumah, berpindah tempat kerja, kilogram bertambah, malah jumlah karya saya juga turut bertambah. Tidak terfikir empat buah karya berjaya diterbitkan pada tahun tersebut. Guru Jutawan Akhirat (tulisan bersama guru-guru negeri Selangor), novel Sanubari Pujaan, buku motivasi Kasihmu Semerbak Firdausi dan buku motivasi Kerana-Mu Aku Berubah, itulah karya yang menjadi santapan pembaca pada tahun 2010.

Saya teramatlah bersyukur...kerana terlalu banyak pengalaman dapat saya timba pada tahun lalu. Di sebalik air mata yang berderaian kerana dugaan hidup, masih terlalu banyak malah melimpah-ruah kasih sayang Ilahi buat diri saya...yang kebanyakannya saya dapat daripada hobi berkarya. Pihak penerbit sangat banyak membantu. Mereka tidak jemu membantu dan menolong saya mempromosi buku-buku saya. Dengan jasa team Karya Bestarilah saya mendapat pengalaman masuk majalah Nur, masuk TV1, berpeluang menandatangan autograf di Pesta Buku Antarabangsa KL, promosi di akhbar-akhbar dan TV3, menulis dalam ruangan Rehal (Sinar Harian) dan macam-macam lagi. Itu semua merupakan pengalaman yang tak terhingga manisnya...

Semoga tahun 2011 akan lebih membakar semangat saya untuk berkarya. Tak lupa juga meningkatkan prestasi dalam kerjaya. Saya ada azam yang belum terlaksana...semogalah Allah s.w.t akan membantu saya merealisasikan azam tersebut...

Friday, January 14, 2011

Related Posts with Thumbnails