Taubat Seorang Hamba
Liku berliku perjalanan seorang hamba
jalan nan lurus di hadapannya
menjadi sempit dan beronak.
Sejalur dosa menjadi igauan
menghambat ke mana-mana
kaki melangkah
tidur malammu terganggu mimpi ngeri
membelenggu jiwa raga
membalut rasa.
Di mana gerangan
untuk melindung diri
daripada dilihat Rabbi.
Ke mana boleh kaulari
daripada pandangan Ilahi?
Pandangan-Nya meliputi.
Dirimu bagai buih kerdil
walau dilambung badai
walau tercampak jauh
di tengah segara luas
pandangan-Nya tidak berhijab
dirimu dalam perhatian setiap saat
tiap-tiap ketika.
Bukakan kembali tabir yang menghijab
perjalanan singkatmu
dengan taubat yang nasuha.
Tuhan Maha Kaya
Dia Maha Pemurah
penyerahanmu tidak sia-sia
dia pasti menerima.
Balutilah keinsafan
di dada usiamu
terangilah kelam malammu
dengan doa yang tulus.
Dia menyambutmu dengan salam
menerimamu, zahir dan batinmu.
Merayu dan meminta daripada Dia
yang sentiasa sudi memberi.
Satu syarat tidak rugi dipertaruhkan
taubat nasuha
kaukembali ke jalan-Nya
yang sempurna.
Dosamu walau umpama
buih-buih memutih
Dia pasti menghapusnya
jiwamu kembali bersih.
Yakinlah pada jalan yang ditunjuki
serasi dan bahagia
fitrahmu tidak dipersia.
Dunia penuh warna
hanya untuk menduga
jangan lagi terpedaya
selepas kau terkena.
Dunia penuh hiasan
adalah kemanisan
didatangkan sementara cuma
jangan terpujuk tipu dayanya.
Kita hanyalah hamba
menupang di pentas-Nya
menimba bekalan
penentu sengsara atau bahagia.
Ruhana Md Zaki
(Tunas Cipta Januari 2005)
Cetusan Batini
Maafkan aku teman
kerana selepas ini
tiada lagi madah puitis
melodi indah dariku
ia tidak mungkin mampir di sisimu lagi
hari ini, esok dan selama-lamanya.
Memadailah sejauh ini langkah kita
aku tidak sanggup meneruskannya lagi
kerana
semakin jauh melangkah bersama
semakin terjarak kita
dari Yang Esa.
Semalam
dalam istikharah aku melihat
ibaratnya jarak kita dengan Ilahi
umpama panah terlepas dari busurnya
jauh mengembara, sejauh-jauhnya.
Teman,
takwilkan ia
mudah-mudahan engkau turut insafi
kesilapan kita.
Aku berundur
jangan kaukecewa
relakanlah
aku ingin kita
tidak tersilap memilih cinta
cinta hakiki hanya ada di sisi-Nya.
Ruhana Md Zaki
(Tunas Cipta Oktober 2003)
Kita dan Segara
Kita dalam pelayaran
di segara luas tak bertepi
terbentang hanya cubaan.
Bahtera kita besar, luas
nakhoda seorang memimpin ramai anak kapal
dalam belayar masih mencari bekalan
agar kelak kita selamat berlabuh
di pangkalan mapan.
Berhati-hatilah
karang-karang keras tidak terlihat
terik mentari tegak memanah
buih-muih halus menjadi gelombang
bakal menghempas bahtera kita.
Teguhkan sudah bahtera kita?
Entah-entah di depan kita
taufan tidak sabar-sabar menanti...
sudah ampuhkah layar bahtera kita?
Lalu
tebarkanlah pandanganmu ke angkasa raya
ada burung-burung yang memintas kita
berkawan-kawan tidak berpisah
kenyang dan laparnya
bersama-sama.
Burung-burung keemasan itu
iktibar dari Allah buat kita
ia penunjuk jalan buat kita.
Bahawa
walau
di bawah kita karang-karang
di atas kita bahang mentari
di belakang kita gelombang
di depan kita taufan
kita tetap kita
bukannya aku, kau atau dia
iktibarnya itulah!
Ruhana Md Zaki
(Tunas Cipta Ogos 2003)
Menggapai Ilmu Rabbani
Liku berliku perjalanan seorang hamba
jalan nan lurus di hadapannya
menjadi sempit dan beronak.
Sejalur dosa menjadi igauan
menghambat ke mana-mana
kaki melangkah
tidur malammu terganggu mimpi ngeri
membelenggu jiwa raga
membalut rasa.
Di mana gerangan
untuk melindung diri
daripada dilihat Rabbi.
Ke mana boleh kaulari
daripada pandangan Ilahi?
Pandangan-Nya meliputi.
Dirimu bagai buih kerdil
walau dilambung badai
walau tercampak jauh
di tengah segara luas
pandangan-Nya tidak berhijab
dirimu dalam perhatian setiap saat
tiap-tiap ketika.
Bukakan kembali tabir yang menghijab
perjalanan singkatmu
dengan taubat yang nasuha.
Tuhan Maha Kaya
Dia Maha Pemurah
penyerahanmu tidak sia-sia
dia pasti menerima.
Balutilah keinsafan
di dada usiamu
terangilah kelam malammu
dengan doa yang tulus.
Dia menyambutmu dengan salam
menerimamu, zahir dan batinmu.
Merayu dan meminta daripada Dia
yang sentiasa sudi memberi.
Satu syarat tidak rugi dipertaruhkan
taubat nasuha
kaukembali ke jalan-Nya
yang sempurna.
Dosamu walau umpama
buih-buih memutih
Dia pasti menghapusnya
jiwamu kembali bersih.
Yakinlah pada jalan yang ditunjuki
serasi dan bahagia
fitrahmu tidak dipersia.
Dunia penuh warna
hanya untuk menduga
jangan lagi terpedaya
selepas kau terkena.
Dunia penuh hiasan
adalah kemanisan
didatangkan sementara cuma
jangan terpujuk tipu dayanya.
Kita hanyalah hamba
menupang di pentas-Nya
menimba bekalan
penentu sengsara atau bahagia.
Ruhana Md Zaki
(Tunas Cipta Januari 2005)
Cetusan Batini
Maafkan aku teman
kerana selepas ini
tiada lagi madah puitis
melodi indah dariku
ia tidak mungkin mampir di sisimu lagi
hari ini, esok dan selama-lamanya.
Memadailah sejauh ini langkah kita
aku tidak sanggup meneruskannya lagi
kerana
semakin jauh melangkah bersama
semakin terjarak kita
dari Yang Esa.
Semalam
dalam istikharah aku melihat
ibaratnya jarak kita dengan Ilahi
umpama panah terlepas dari busurnya
jauh mengembara, sejauh-jauhnya.
Teman,
takwilkan ia
mudah-mudahan engkau turut insafi
kesilapan kita.
Aku berundur
jangan kaukecewa
relakanlah
aku ingin kita
tidak tersilap memilih cinta
cinta hakiki hanya ada di sisi-Nya.
Ruhana Md Zaki
(Tunas Cipta Oktober 2003)
Kita dan Segara
Kita dalam pelayaran
di segara luas tak bertepi
terbentang hanya cubaan.
Bahtera kita besar, luas
nakhoda seorang memimpin ramai anak kapal
dalam belayar masih mencari bekalan
agar kelak kita selamat berlabuh
di pangkalan mapan.
Berhati-hatilah
karang-karang keras tidak terlihat
terik mentari tegak memanah
buih-muih halus menjadi gelombang
bakal menghempas bahtera kita.
Teguhkan sudah bahtera kita?
Entah-entah di depan kita
taufan tidak sabar-sabar menanti...
sudah ampuhkah layar bahtera kita?
Lalu
tebarkanlah pandanganmu ke angkasa raya
ada burung-burung yang memintas kita
berkawan-kawan tidak berpisah
kenyang dan laparnya
bersama-sama.
Burung-burung keemasan itu
iktibar dari Allah buat kita
ia penunjuk jalan buat kita.
Bahawa
walau
di bawah kita karang-karang
di atas kita bahang mentari
di belakang kita gelombang
di depan kita taufan
kita tetap kita
bukannya aku, kau atau dia
iktibarnya itulah!
Ruhana Md Zaki
(Tunas Cipta Ogos 2003)
Menggapai Ilmu Rabbani
Tuhan
ilmu-Mu melaut luasnya
tak tersampai logik akal
tak terjangkau cerdik pemikiran
tak tersentuh jemari cendekia
Hakikat itu
aku menggunungkan pujian
hanya untuk-Mu
Kau Maha Bijaksana
Kau Maha Kaya.
Hulurkan secebis ihsan-Mu
untuk menjadi azimat
untuk menjadi semangat
aku meneroka
hanya setitis ilmu-Mu
bakal kujadikan amalan
bakal kujunjung
mahkota tawaduk
dalam jiwa kusemat - zuhud
dalam nubari kujahit - taqwa
dalam naluri - husnul khuluq.
Ingin benar
kugapai
takhta ilmuan Rabbani
yang berenda
redha Ilahi.
Ruhana Md Zaki
(Tunas Cipta Februari 2002)
Benua Hati
Benua hatiku
sempadannya lautan resah
pantainya berubah-ubah
banjarannya gunung-gunung rindu
lebuh rayanya jalinan pengalaman
manis dan pahit ditinggalkan
pahit dan manis akan ditempuh.
Gugusan bintang-bintang
peneman malam
terang bulan adalah kekuatan
sinar mentari...adalah nadi
rintik-rintik hujan...seribu pengertian yang hilang.
Benua hatiku
dapatkah kaubayangkan?
Ruhana Md Zaki
(Tunas Cipta Disember 2001)