Thursday, July 26, 2012

Wednesday, July 25, 2012

~no title~


"Beginilah caranya...sebaik kamu masuk ke alam barzakh nanti, urusanmu tidak lagi menjadi urusanku. atas dunia inipun, hubungan kita hanya berdasarkan akad sahaja. dan aku menjalankan tanggungjawab hanya kerana ijab dan kabul itu..."

Alahai, betapa terlukanya hati seorang isteri yang tidak dihargai suaminya. senario ini, barangkali terlalu banyak berlaku dalam masyarakat kita. hingga tak kurang yang menyimpan dendam dek karana sukarnya hendak menyedarkan suami tentang tanggungjawab, perhatian dan kasih sayang yang sewajibnya dicurahkan sebanyak-banyaknya oleh sang lelaki bernama SUAMI...

Duhai para isteri, jangalah berputus asa. kamu insan terpilih yang dizinkan Tuhan melalui dugaan-dugaan sebegini supaya kamu menjadi hamba-Nya yang terbaik. Manusia yang tidak diuji tidak akan mengetahui kasih sayang Tuhannya. Nah, dengan dugaan sebeginilah kamu akan membina hubungan yang lebih rapat dengan Tuhanmu. Mengadulah kepada-Nya, kerna suamimu juga hamba-Nya. tentu ada hikmahnya...tentu dengan munajatmu itu, Tuhan akan memperkenankannya jua, Tuhan akan melembutkan hati sang suami, lambat atau cepat.

Kata orang, nak beri nasihat memanglah mudah. cuba duduk di tempat aku? baru kautahu deritanya. maaflah. saya bukan hanya beri nasihat. saya ingin berkongsi nasihat. sebabnya, hanya doa sahajalah jalan dan kekuatan yang kita ada. kerna bukan mudah untuk mengubah orang lain, walaupun orang itu tidur sebantal dengan kita...

Hanya Dia Maha Mengetahui...salam Ramadhan :)

Related Posts with Thumbnails