Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

Si Buah Berangan


Buah berangan, makanan kita waktu kecil-kecil dulu. Namun, siapa tahu rupa asalnya sebelum dijual dengan mahal di bandar?
 

 
 
 

Si Buluh Perindu




 


 
 
 

Sunday, November 17, 2013

5A Bukanlah Segala-galanya


14 November lalu merupakan hari bersejarah bagi murid-murid Tahun Enam kerana pada hari tersebut, keputusan UPSR diumumkan. Alhamdulillah nampaknya UPSR tiada kontroversi pada tahun ini.
 
Pada hari tersebut, saya bermesyuarat di KPM. Ada beberapa orang sahabat yang sama-sama bermesyuarat mengumpul debar kerana anak-anak mereka juga mengambil UPSR. Saya senyum melihat debar mereka. Belum pukul 10 pagi, mereka sudah menaip SMS untuk mendapatkan keputusan. Melihat wajah ketat mereka, saya juga turut rasa berdebar-debar. Mana tidaknya, saya juga pernah merasainya pada tahun 2012.
 
Di dinding fb mula penuh sarat dengan post yang menayang wajah-wajah anak-anak yang berjaya mendapat 5A. Abah dan ummi amat berbangga denganmu, anak, tulis mereka di situ. Ya. Ayah ibu patut berasa bangga. Mana tidaknya, banyak wang ringgit dilaburkan untuk anak-anak menghadiri kelas tambahan dan sebagainya. Tidakkah rasa membazir jika dengan pelaburan sebegitu besar, anak-anak tidak mendapat 5A?
 
Tak kurang ramai juga yang kecewa pabila anak yang diharap-harap itu, tidak mendapat 5A. Hah! Dapat 4A 1B pun kecewa? Apakah 4A 1B itu tidak cemerlang? Bagaimana pula agaknya...dengan anak-anak yang mendapat keputusan di bawah 3A...atau tiada A langsung?
 
Apakah anak begitu terus dilabelkan gagal? Sempat saya tersenyum ketika seorang sahabat post satu status: Dulu saya dapat 2A 2B 1C dalam UPSR...bla...bla...akhirnya sahabat saya ini berjaya juga dalam hidupnya, malah lebih cemerlang daripada saya yang mendapat 5A ini.
 
Hakikatnya, 5A hanyalah permulaan. Kebanyakan orang mahukan permulaan yang baik. Namun, bukanlah suatu kegagalan yang besar atau abadi jika UPSR tidak memberikan permulaan yang baik kepada anak-anak kita. Ada banyak faktor mengapa ada anak-anak kita tidak berjaya sejak mula. Ada yang mula menunjukkan peningkatan ketika berada di sekolah menengah. Ada yang mahu mula belajar bersungguh-sungguh setelah masuk kolej. Malah ada yang mahu memulakan semangat hidup ketika sudah berumah tangga.
 
Adakah itu bermaksud mereka gagal?
 
Tegakah anda melabel anak anda sebagai gagal? Tentu tidak, bukan? Anak yang kita kandung dengan susah-payah, anak yang kita curahkan sepenuh kasih-sayang...mustahillah kita sanggup melabelnya sebagai gagal.
 
Ayuh, ayah ibu yang anaknya tidak mendapat 5A, 14 November bukanlah penghujung segala-galanya. 14 November 2013 merupakan permulaan yang cerah buat anakmu. Izinkan mereka berehat seketika sebelum memasuki alam sekolah menengah. Kemudian, apabila fajar 2014 menjelma, berdampinglah dengan mereka dan luangkanlah masa untuk mengetahui apa yang mereka suka.  Tak semestinya orang yang tidak meminati pen dan kertas tidak memiliki masa depan yang cerah.
 
Rezeki ada di mana-mana. Jika anak-anak meminati sesuatu kemahiran, galakkan mereka menceburi bidang tersebut secara bersungguh-sungguh. Percayalah, zaman ini, pen dan kertas bukan satu-satunya bidang yang menjanjikan kemewahan. Bidang kemahiran juga tak kurang keuntungannya.
 
Yang paling penting adalah kesedaran ibu bapa terhadap peri pentingnya ilmu agama yang diamalkan oleh anak-anak. Zaman ini, sering kita dengar keluhan daripada guru-guru bahawa murid-murid cerdik semakin kurang yang berbudi bahasa. Bagi mereka, jika mereka bijak, that's it. Adab dan budi bahasa tidaklah penting bagi golongan yang bijak pandai.
 
Bagi saya, biarlah seseorang anak itu sederhana kepandaiannya namun adab sopannya biarlah 200%. Begitu juga dengan amalan agamanya.
 
Oleh sebab itu wahai ayah ibu, usahlah bersedih jika anakmu tidak mendapat 5A pada kali ini. Peluang masih ada...PBSMR tiga tahun lagi dan SPM lima tahun lagi. Mungkin ketika memasuki alam sekolah menengah, mereka lebih minat untuk belajar kerana pada waktu itu, mereka sudah mula diletakkan di dalam kelas mengikut kemahiran masing-masing.
 
Allah Maha Adil. Rezeki untuk anak-anak sudah ditetapkan. Namun kita sebagai ibu bapa tetap masih kena berusaha. Walau bagaimanapun, jangan berhenti bersangka baik kepada-Nya. Yakinlah!
 

Sunday, November 10, 2013

Tanggungjawab Guru Alaf Baharu


Tanggungjawab terhadap diri sendiri:
1. Menjaga keselamatan diri
2. Menjaga kebersihan
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri
4. Meningkatkan kesejahteraan diri
5. Melibatkan diri dalam program peningkatan kualiti sebagai guru

Tanggungjawab terhadap ilmu:
1. Penguasaan ilmu takhassus
2. Iltizam terhadap amanah ilmiah
3. Amal dan kembangkan ilmu
4. Ikuti perkembangan teknologi dalam pendidikan
5. Manfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan dan kesejahteraan sejagat

Tanggungjawab terhadap profesyen:
1. Menepati masa
2. Free period
3. Mengutamakan tugas hakiki

Tanggungjawab terhadap pelajar:
1. Memperbaiki kecekapan ikhtisas
2. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan
3. Bersikap adil
4. Menjaga kerahsiaan
5. Membimbing atau mengajar tanpa bayaran
6. Role model

Tanggungjawab terhadap ibu bapa/penjaga murid:
1. Menghormati
2. Mewujudkan hubungan mesra
3. Memastikan kerahsiaan maklumat murid
4. Meneliti maklumat
5. Elak sikap double standard
6. Menjaga tutur kata

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat:
1. Memelihara profesyen
2. Menunaikan tanggungjawab dengan rajin
3. Membantu rakan sejawat
4. Menjadi ahli persatuan guru
5. Memelihara komunikasi

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara:
1. Elak menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan Rukunegara
2. Mengambil bahagian dan kegiatan masyarakat
3. Kerjasama dalam masyarakat
4. Meningkatkan kehidupan bermoral, kebudayaan dan kecendekiawanan
5. Memupuk sikap dan nilai murni

Sumber: Kursus Pemantapan Guru bagi Program j-QAF Peringkat Negeri Selangor.

Wednesday, April 3, 2013

Ragam Kolumnis


Menjadi kolumnis merupakan obsesi sesetengah penulis. Maklumlah dengan menjadi kolumnis, dirinya lebih dikenali kerana muncul di dada akhbar atau majalah saban hari, saban minggu atau saban bulan. Ini tidak sama jika dia kekal menulis buku kerana bukan orang akan beli atau baca buku seseorang penulis itu.

Kolumnis cepat terkenal disebabkan pendapat yang ingin dilontar. Dia juga bebas menulia apa-apa sahaja kerana dia 'memiliki' ruang tersebut.

Tapi jangan lupa, menjadi kolumnis bermakna mengizinkan seluruh rakyat Malaysia menilai tulisan anda. Tak kira pak cik yang bersidai siang malam di kedai kopi, atau cendekiawan universiti, mereka akan menilai tulisan tersebut berdasarkan ruang lingkup ilmu yang mereka ada.

Saya, sebagai golongan marhaen, kadangkala turut menilai tulisan para kolumnis akhbar. Tidak perlukan ilmu yang banyak untuk mengetahui seseorang itu berpihak kepada parti yang mana satu. Mereka terang-terang mengakuinya melalui tulisan mereka. Tak tahulah, mungkin mereka bangga berbuat begitu. Atau secara tidak disedari, mereka tidak mengakui parti politik yang disokong tetapi tindakan menempelak pihak yang satu lagi dapat menjelaskan pendirian mereka.

Hari ini, ketika menyelak sebuah akhbar tempatan pada pukul 5.30 petang, saya rasa nak tergelak pula membaca satu ruangan 'itu'. Sebagai seorang kolumnis tentang cermin diri, ternyata penulis itu sendiri belum telus mencermin dirinya sendiri mahupun keadaan persekitaran. Cetek sahaja pemikirannya. Itupun boleh jadi kolumnis?

Dah rezeki dia, dan ruang itu ruangan dia...

Cuma, saya lebih suka jika semua kolumnis akhbar tidak memaparkan idea hanya untuk mengampu pihak-pihak berkenaan sahaja. Bukankah akhbar wajar memberikan ilmu yang lurus kepada para pembacanya? Jadi, laksanakanlah tanggungjawab tersebut dengan telus, supaya lulus pada perhitungan di hadapan ALLAH SWT nanti.

Yang penting, hidup kita bukanlah untuk memenuhi keperluan duniawi semata-mata. Walaupun tulisan kita itu bisu, ia berupaya mengubah ramai orang. Jadi, jika seseorang kolumnis itu bertujuan menyebarluaskan propaganda, boleh jadi agendanya itu akan berjaya jika yang membacanya adalah orang yang cetek akal juga.

Siapapun kita, biarlah kita menyumbang ke arah kebaikan. Kerana setiap huruf adalah saham untuk menuju akhirat, sama ada akhirat yang bahagia atau akhirat yang sengsara.

Monday, June 4, 2012

Pembaca Boleh Kesan Niat Kita


Facebook merupakan gelombang yang amat cepat merebak dalam negara kita. Asalnya, facebook menjadi medium untuk menjejak  rakan-rakan satu kampung, satu sekolah rendah, satu sekolah menengah, satu universiti, satu persatuan dan sebagainya. Para pelajar pula mempergunakan facebook untuk menjejak semula guru-guru mereka, bermula dengan guru tadika hinggalah pensyarah universiti. Alangkah bagusnya ada facebook. Perpisahan selama 20 tahun pun boleh bertaut semula dengan mudah.

Namun awas, semakin facebook 'berleluasa', semakin pula niat kita terpesong. Bukan sekadar hendak menjejak kawan lama, malah kekasih lama turut dijejak. Tak tahulah sama ada hendak menjalin kembali hubungan yang terputus, atau hendak melunaskan dendam akibat hubungan yang tak menjadi. Awas! Jangan mulakan dosa ini! Terutama sekali jika bekas kekasih anda itu sudah berkahwin dan amat bahagia dengan keluarganya. Lainlah jika dia masih solo dan sememangnya menanti-nanti anda muncul semula untuk memulakan cinta baru.

Awas juga jika anda berniat menyambung persahabatan yang lama putus untuk bersama-sama dengan anda dalam satu-satu perniagaan. Setahu saya, ada yang suka tetapi lebih ramai yang tak suka! Kata mereka, "hapus sudah rasa rindu puluhan tahun yang dipendam pabila rakan lama add friend lepas tu nak kempen bisnes dia!"

Oh...ternyata niat berfacebook sudah disalahgunakan...bukan makin ramai yang menyukai anda, malah makin ramai pula yang akan 'unfriend' anda dalam diam.

Terutamanya wanita, facebook merupakan medium yang paling bagus untuk menayang harta-benda. Ataupun kelebihan yang ada pada dirinya sekeluarga. Namun, terpulanglah kepada pembaca untuk mentafsirkan maksud di sebalik tayangan tersebut, dan terpulanglah juga kepada si empunya wall sama ada hendak berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan, atau senang cakap, nak tayang kasih sayang suami kepada dirinya, atau 'nak buat orang cemburu melihatnya bahagia'.

Sekali lagi, ini semua terpulang pada niat anda para wanita, saat anda mahu menekan butang 'share' di facebook anda. Ya, untuk bersangka baik, anda sekadar mahu berkongsi kegembiraan. Tapi pernahkah terfikir, rakan-rakan di facebook tersebut tidaklah sebahagia atau seuntung anda. Mereka tak mampu pergi melancong ke luar negara jadi mereka berasa jauh hati pabila anda memuat naik gambar-gambar ketika bercuti di luar negara. Atau mereka baru sahaja bercerai hidup/bercerai mati jadi mereka masih bersedih. Jadi, jangan sangka anda boleh berbangga dengan menayangkan aksi berpeluk-pelukan dengan pasangan (walaupun pasangan yang sah), di facebook. Atau mereka insan yang hidup bersederhana bahkan ada yang tidak mampu seperti anda, jadi, apakah anda fikir mereka suka melihat anda menayang hadiah hari jadi daripada suami yang berharga mahal itu, siap ada part 1, part 2, part 3 bagai?

Ya, barangkali kita ikhlas pada awalnya. Namun jangan sangka keikhlasan itu akan berkekalan jika mendapat respon yang menggebu-gebu daripada rakan-rakan. Nilai semula niat asal kita memuat naik sesuatu gambar yang mempamerkan kita ini 'lebih daripada orang lain' dari sudut materialis.

Ah, barangkali ada lebih ramai lagi kawan-kawan kita di facebook itu yang lebih kaya dan lebih bahagia daripada kita. Hanya saja mereka tidak menunjuk-nunjuk di facebook. Perkara yang baik akan sampai ke pengetahuan ramai juga tanpa perlu menunjuk-nunjuk...

Apa-apapun, manfaatkanlah facebook untuk kebaikan secara seluruhnya. Hakikatnya, facebook boleh menjadi medium untuk kita mengumpul dan berkongsi sebanyak-banyak pahala. Dan, ingat selalu, sebelum hendak 'post' sesuatu, apakah pos kita itu berbau ikhlas? Hmm...ada baiknya kita jaga hati rakan-rakan facebook kita juga, itu lebih baik daripada kita memuaskan kemahuan peribadi sahaja.

Dan, jangan pula lupa, ada masa-masanya pembaca lebih arif untuk mengesan niat kita...

Monday, March 5, 2012

Nice Sayings


Physical strength is measured by what we can carry;spiritual by what we can bear.

Love looks not with the eyes, but with the mind.

If you don't think every day is a good day, just try missing one.

I am not a has-been. I am a will be.

The purpose of life is a life of purpose.

Grandchildren are the dots that connect the lines from generation to generation.

Every day is an opportunity to make a new happy ending.

We can do no great things, only small things with great love.

Life gives us brief moments with another...but sometimes in those brief moments we get memories that last a lifetime.

You don't choose your family. They are God's gift to you, as you are to them.


Wednesday, February 8, 2012

Tiga juta rakyat Malaysia terdedah penyakit mental

KUALA LUMPUR: Kira-kira tiga juta penduduk negara ini yang mengalami masalah kesihatan mental berpotensi menghidap penyakit mental atau gila sekiranya tidak menerima rawatan dengan masalah murung menjadi punca utama penyakit berkenaan.

Kajian Beban Penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan masalah kemurungan yang menjadi antara punca penyakit mental akan naik ke tangga kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia di seluruh dunia menjelang 2020.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III pada 2006 menunjukkan kewujudan masalah kesihatan mental adalah 11.2 peratus di kalangan orang dewasa dan 20.3 peratus di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Ini bermakna, remaja dan kanak-kanak berisiko untuk terdedah kepada penyakit mental berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap sosioekonomi rendah.
Penyakit itu boleh dikesan melalui tanda awal seperti perubahan tingkah laku ketara, cepat marah, keresahan, sedih berpanjangan, mempunyai idea pelik, memikir dan bercakap soal bunuh diri, penyalahgunaan dadah serta alkohol dan tidak upaya melakukan aktiviti harian.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kesihatan Mental) Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Nurashikin Ibrahim ketika mengulas isu itu berkata, kebanyakan kes dilapor membabitkan mereka berusia 25 hingga 34 tahun.

Katanya, individu yang mengalami masalah Neurosis cuma mengalami perubahan dalam pemikiran, perasaan menyebabkan gangguan dalam fungsi harian seperti kerap resah, murung dan bimbang, tetapi tidak menjejaskan kewarasan.

Penghidap penyakit Psikosis pula akan mengalami perubahan ketara dalam aspek tingkah laku dan tidak waras misalnya Skizophrenia iaitu kecelaruan manik-depresif (bipolar).

Dr Nurashikin berkata, penyakit itu masih terkawal sepenuhnya melalui pelbagai usaha kerajaan serta teknik rawatan ubatan moden memastikan proses pemulihan lancar, sekali gus membantu pesakit kesihatan mental tidak merebak hingga menghidap penyakit mental.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan melalui 233 pakar yang bertugas di empat institusi mental dan 38 hospital kerajaan berusaha keras memastikan penyakit itu dikawal dengan menyediakan perkhidmatan psikiatri.

Kerajaan juga menyediakan 671 klinik kesihatan untuk perkhidmatan kesihatan mental termasuk rawatan susulan bagi pesakit mental stabil pada peringkat komuniti dengan dibantu 80 orang ahli klinikal psikologi dan 192 pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan.

“Bilangan pesakit lelaki lebih ramai daripada wanita. Kemungkinan lelaki lebih sukar dikawal di luar fasiliti kesihatan berbanding wanita.

“Individu yang mengalami masalah kesihatan mental bukan bermaksud mereka mengalami masalah mental kerana kesihatan mental membabitkan semua orang, manakala penyakit mental membabitkan sebahagian orang saja.

“Pesakit mental yang tidak dirawat termasuk gagal mematuhi prosedur makan ubat berisiko menyebabkan kemudaratan kepada diri dan orang di sekeliling. Mereka berkemungkinan mengalami ‘relapse’ dan boleh bertindak agresif,” katanya.

Dr Nurashikin berkata, situasi di Malaysia tidak begitu membimbangkan kerana berdasarkan kes rawatan sejak tiga tahun lalu, jumlah pesakit mental yang dirawat akibat gangguan kes mental dan tingkah laku menurun 4.9 peratus (1,372 kes) pada tahun lalu dengan 26,186 kes berbanding tahun sebelumnya, 27,558 kes.

Bagi 2007, jumlah pesakit direkodkan ialah 27,384 sebelum meningkat 174 kes pada 2008.

Sehubungan itu katanya, keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan penting memastikan ahli keluarga yang mengalami masalah mental mendapatkan rawatan dan patuh mengambil ubat.

Ketika ini, kaedah rawatan diguna pakai berdasarkan biopsikososial model iaitu meliputi rawatan ubatan (farmakoterapi), psikologikal dan rawatan sosial.

“Ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental termasuklah ubat psikotropik, anti-psikotik dan anti-depresant serta ubat lain mengurangkan tekanan, keresahan dan kemurungan. Semua ubat yang digunakan kini lebih baik dan kurang kesan sampingan,” katanya.


~Sumber: bharian online~

Wednesday, October 19, 2011

Manusia Tidak Boleh Hidup Tanpanya...


secanggih mana pun teknologi dunia kini, kita masih lagi bergantung kepada rekaan klasik sebagai keperluan setiap hari. tak kira kaya atau miskin, tinggi atau rendah martabat hidup, pernahkah anda terfikir bahawa kita masih memerlukan:

  • mentol lampu
  • pembalut gelembung
  • klip kertas
  • kotak susu
  • pengikat kabel
  • pita pelekat
  • plaster luka
  • bekas telur
  • kertas tisu
  • zip
  • pemegang tin minuman
  • kod bar
  • uncang teh
  • gelung getah
  • penyangkut baju
  • penyepit baju
  • pin tekan









(Sumber: Sinar Harian 8 Oktober 2011)


Monday, August 15, 2011

KSSR memerlukan kerjasama ibu bapa


mulai 2011, murid-murid tahun satu melalui transformasi besar-besaran dalam pendidikan negara. kbsr ditukar kepada kssr. secara umumnya, kssr tidak lagi menjadikan peperiksaan awam sebagai fokus utama. kumpulan pertama ini akan dinilai 40% secara pentaksiran mulai tahun satu hingga tahun enam manakala 60% lagi secara peperiksaan awam pada tahun enam.

sistem ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh negara maju. disebabkan negara kita mula mengorak langkah ke arah negara maju, maka wajarlah sistem pendidikan juga mengikut perkembangan yang sama. murid-murid akan dinilai mengikut perkembangan minda dan minat mereka. sistem ini lebih adil kerana peperiksaan tidak lagi meenjadi fokus utama. seringkali berlaku dalam sistem pendidikan yang lama; murid-murid yang bijak sahaja diberi penghargaan (mengikut keputusan peperiksaan mereka) sedangkan murid sederhana atau lemah tidak 'dipandang' sebagai sewajarnya. pernah juga berlaku, murid bijak sekalipun tidak mendapat keputusan yang cemerlang disebabkan dia demam pada hari peperiksaan. jadi, ilmu yang pernah diajarkan selama ini seolah-olah gagal dinilai hanya kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan pada hari peperiksaan.

sistem baru dalam pendidikan kita yang bermula pada tahun ini bertujuan antara lainnya memberi kesamarataan kepada semua murid dalam hak pendidikan. maksudnya, tak kiralah murid tersebut cerdik, sederhana atau lemah, mereka diberi peluang penilaian yang adil. selain itu, mereka boleh menyerlahkan bakat atau minat mereka sejak kecil lagi supaya dapat membina haluan hidup lebih awal, tidak seperti pendidikan sedia ada yang hanya memberi peluang anak-anak menyerlahkan minat selepas SPM.

mengapa saya berkata kssr memerlukan kerjasama ibu bapa?

sistem baharu ini bukan hanyaa menilai murid mengikut kefahaman mereka terhadap pelajaran yang diajar di sekolah. murid-murid dinilai bagi setiap subjek melalui elemen yang digubal oleh guru-guru yang mengajar mereka. setiap subjek terdiri daripada band 1-6. guru-guru akan turut menilai sahsiah murid-murid tersebut. oleh sebab itu, ibu bapa tidak boleh menuding jari kepada guru atau pentadbir di sekolah jika anak mereka tidak diberi band 6 walaupun anak mereka cerdik. jangan lupa, untuk sampai ke band 6, murid mestilah berakhlak terpuji ataupun boleh menjadi ketua.

tanpa kerjasama ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya bersopan-santun, berakhlak mulia dan berhemah tinggi, saya rasa agak sukarlah guru-guru mata pelajaran akan memberikan band tertinggi kepada anak-anak ini.

harus kita ingat selalu bahawa sistem pendidikan baharu ini bukan sahaja mahu melahirkan usahawan dan warganegara yang kreatif lagi inovatif. sistem ini malah lebih mengutamakan hasrta untuk melahirkan warganegara yang sayangkan negara dan berakhlak mulia. oleh sebab itu, tentu sekali pihak sekolah turut mengharap kerjasama daripada ibu bapa untuk membantu mereka.

jika mulai tahun ini masih ada ibu bapa yang mahu lepas tangan atau menyerahkan 100% tugas menyemai akhlak mulia dalam diri anak-anak kepada guru-guru sahaja, ternyata ibu bapa masih terkurung dalam tempurung  yang gelap lagi sempit. anak-anak merekalah yang akan rugi kemudian hari.

saya amat mengharapkan ibu bapa tidak lagi suka-suka mahu menyerang sekolah jika anak-anak balik mengadu itu-ini. sudah sampai masanya ibu bapa bersikap rasional demi masa depan anak-anak sendiri. tak semestinya apa yang diadukan anak-anak itu benar dan tak semestinya semua tindakan guru salah. ibu bapa yang ego biasanya akan memiliki anak-anak yang bermasalah. jika ibu bapa masih mahu mempertahankan ego mereka dengan menyalahkan sekolah dan mengaku anak mereka tak salah, ternyata ibu bapa jenis inilah yang merosakkan kecerdasan emosi anak-anak mereka.

ibu bapa jangan lupa, biasanya guru-guru lebih mengenali anak-anak anda berbanding anda. enam jam masa di sekolah sudah cukup untuk semua guru yang mengajar anak anda menilai potensi dan kenakalan mereka. tak semestinya di rumah mereka baik, di sekolah mereka baik juga. sangat biasa berlaku; anak-anak ini baik perangai di rumah tetapi sebaliknya mereka amat nakal di sekolah kerana sekolahlah tempat mereka melepaskan geram yang tidak boleh dilampias di rumah.

oleh sebab itu, ada baiknya ibu bapa melenturkan ego masing-masing. demi anak-anak kita juga. demi masa depan mereka juga. ingat, kini guru mempunyai kuasa penuh untuk menilai anak-anak anda. guru akan menilai seadil-adilnya, tetapi keputusan untuk bekerjasama tetap berada di tangan anda. jika anda berdegil, rugilah masa depan anak-anak anda nanti...

JOM TRANSFORMASIKAN MINDA KITA

*kssm akan bermula pada tahun 2012 (bagi pelajar tingkatan satu)

Monday, May 16, 2011

What Not to Buy at Ikea (US Version)

Ikea offers sleek, modern design at such reasonable prices it’s no wonder that the average customer in the United States drives 50 miles round trip to shop the inspiration rooms (and inevitably dine at the equally impressive smorgasbord of cafeteria food). While we’re huge fans of the Scandinavian design behemoth's trendy home accents, wall art, graphic rugs, and highly functional accent furniture, there are certain things not worth the trip. Here are five items you’d be wise to re-think:





1. Mattresses

When it comes to mattresses, the saying you get what you pay for rings true. And because getting consistent good nights’ sleeps is crucial for your health, opting for a quality mattress is a wise investment. Ikea offers mattresses at a price range from $80 for a simple, twin-sized spring mattress to $649 for a king-size foam mattress. While the latter promises pressure-relieving and temperature-stabilizing technology at a seemingly reasonable price, the price structure is a bit misleading. To walk away from Ikea with a complete bed set, you’d have to purchase three more items: A bed base, foundation, and at least one mattress pad, adding almost $500 more to your total cost. What seems like a good deal on the surface, actually turns out to be what you’d be spend for a full set at any other mattress retailer, such as Mancini’s Sleep World or Sleep Train. Furthermore, you don’t get the free delivery and set-up or the ability to negotiate payment plans like you would at most mattress-specific retailers, which are constantly offering promotions and deals in an effort to stay competitive.





2. Imitation Wood Products You’ll Use Every Day

Ikea is full of products that look like wood but are actually made of laminate or pressed wood—or wood particles glued together. These pieces are generally of lower quality and won’t last as long as the real thing. While purchasing accent furniture or bookshelves in this material might serve you well, you might find yourself replacing that laminate coffee or dining table within a year as the daily use will cause the laminate to peal away at the edges or become stained or scratched.

Killer Furniture for Every Room





3. Dinnerware

If you’re looking for a simple, no-frills dinner set, Ikea's $25 set of six plates, side plates, and bowls, might fit your needs. But you’d be able to find a similar set at Target or other retailers for the same price. And if you’d like your flatware to make a bit more of a statement, Ikea’s selection is lacking. While the Scandinavian purveyor offers more than enough ways to add flair to your pad at a reasonable price, their specialty is not stylish flatware. We recommend filling your Ikea cart with tabletop accents or wall art, but scooping up china flatware when department stores like Macy’s offer sales because you’ll have much more inventory to choose from.





4. Quality Cutlery

Any professional chef or avid home cook will tell you that a quality set of knives is essential. And unfortunately, quality requires investment. There’s no way the $10 set Ikea offers will provide the ease, precision, longevity, or efficiency that a professional knife set promises.

Kitchen Gadgets That Make You Want to Cook!





5. Things with Complicated Assembly Instructions

Unless you’re a natural handyman (or know someone who is) or simply must have that bookshelf that comes in a gazillion pieces, be wary of some of the items that require a huge amount of DIY assembly. Purchasing a fully-formed bookshelf elsewhere for a bit more might be worth what you save in time and sanity.

Tuesday, May 10, 2011

Mencari Suami Mithali

Dah lama kahwin tapi masih tercari-cari? Itulah masalahnya, jika niat lelaki berkahwin hanya untuk cari orang menguruskan hidupnya. 200% orang itu disuruh menjadi pekerja dalam rumah tangganya...sedangkan dia menggelar diri sebagai raja. Hanya tahu suruh itu, suruh ini...mujurlah dapat isteri yang baik hati...

Bagi pihak isteri, teringinlah juga dihargai suami. Teringin nak tengok apa jadinya jika suami sudi bertolak-ansur. Kiamatkah? Teringin nak miliki suami yang mithali...susah ke?

  • suami yang tahu menghargai penat-lelah isteri, terutama isteri yang sama-sama bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang.
  • suami yang sudi memandang wajah isteri bila isteri bercakap.
  • suami yang tidak membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan masakan dan cara ibunya.
  • suami yang sama-sama menjaga anak.
  • suami yang tidak goyang kaki atas sofa sedangkan isteri tak kering peluh menguruskan rumah tangga sebaik balik dari kerja.
  • suami yang ingat isteri ketika makan. Jangan pula melantak sampai licin semua makanan!
  • suami yang tidak membandingkan saiz badan isteri dengan ahli keluarganya mahupun pekerja di pejabatnya.
  • suami yang tahu mengucapkan terima kasih dan maaf.
  • suami yang pandai memuji, sikitpun dah cukup...hilang serta-merta penat isteri mendengar pujian suami.

Oh, senang saja nak jadi suami mithali...pabila hati terasa keras dan enggan melepaskan title suami sebagai ketua rumah tangga, kembalilah ke pangkuan jalan dengan mengingati sirah Rasul Agung kita Muhammad s.a.w.  Sehebat-hebat baginda sebagai nabi, rasul dan kekasih Allah, baginda menjahit sendiri bajunya yang koyak. Suami mithali tidak suka menyusahkan isteri...

Monday, May 9, 2011

10 tahun mencari cinta



melihat pasangan remaja bercanda di tepi tasik, di taman permainan, di pusat membeli-belah...tak kira tempat itu tersorok, terbuka, tiada orang atau sesak dengan pengunjung...asyik-mahsyuk sekali. begitu mudahkah mereka mendapat cinta?

sesudah diijab dengan akad yang sah, dan dikabul dengan mas kahwin yang halal, kenapa cinta menjadi terlalu sukar? seolah-olah cinta itu lari menyorok, ataupun hilang entah ke mana.

cinta pasangan belum berkahwin dan cinta pasangan yang sudah berkahwin pun boleh kita bezakan dengan mudah. walau bagaimanapun, cinta sebelum berkahwin dan cinta sesudah berkahwin amat berbeza definisinya.

pabila suami atau isteri mula dihambat tugasan dan kerjaya, adakalanya cinta sudah lupa diungkap, adakalanya cinta sudah lupa untuk dizahirkan. bukan tiada cinta. cinta masih ada, cuma...adakalanya cinta dipandang tidak lagi penting seperti sebelum kahwin.

adakalanya pula cinta membuahkan cemburu yang melulu. adakalanya cinta menjadi punca perpisahan. cinta yang terlalu banyak merimaskan, cinta yang terlalu sedikit pula...menyedihkan.

mana satu cinta yang mesti kita pegang? dalam perkahwinan, keperluan cinta bagi setiap pasangan tidak sama. jangan pula memandang suami orang yang romantik sebagai kekurangan suami anda yang tidak romantik. usahlah memandang isteri orang yang cantik sebagai kekurangan isteri anda yang tidak cantik. jika cinta diletak kena pada tempatnya, bukanlah romantik atau cantik yang menjadi persoalannya.

dalam perkahwinan, cinta mestilah disulami dengan persefahaman, tolak-ansur dan menerima tanpa banyak keluhan. sebab perkahwinan bukanlah cinta semata-mata. perkahwinan ada komitmen lain yang lebih penting termasuklah zuriat, kerjaya dan matlamat membina ummah yang terbilang.

ada perkahwinan hancur beralaskan cinta. kata isteri, suami tidak lagi mencintainya seperti waktu sebelum nikah. suami terlalu rajin bekerja. kata suami pula, isteri tidak lagi mencintainya sama seperti muda-muda. isteri asyik luangkan masa untuk anak-anak sahaja.

masing-masing saling menyalahkan. aneh. tetapi itulah perkahwinan. setiap orang hanya akan mengetahui sesudah memasukinya. jadi, jangan sewenang-wenang membandingkan cinta sebelum kahwin dan cinta sesudah kahwin. kebanyakan orang mengalami cinta yang tidak serupa dalam dua alam ini.

ada orang seronok bercinta ketika sebelum nikah sahaja. sesudah nikah, (walaupun bernikah dengan orang yang sama ketika bercinta), rasanya tidak sama lagi. walau bagaimanapun, ikhtiar masih perlu. jangan biarkan rumahtangga yang dibina dengan susah-payah itu hambar begitu sahaja. cinta tetap perlu. tetapi dalam bentuknya yang tersendiri.

sebab itulah ada pasangan yang terpaksa mengambil masa...10 tahun untuk mencari cintanya...cinta sesudah ijab dan kabul...

Thursday, April 28, 2011

KSSR oh.....KSSR (ii)

Setelah menghadiri sesi penerangan demi penerangan, bengkel dan taklimat tentang KSSR, saya mula senyum dan menghela nafas lega. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat mentransformasi pendidikan di negara tercinta ini. Saya berasa sangat gembira. Mengapa?

KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia merupakan kurikulum baru yang menggantikan KBSR. (Saya ialah produk pertama KBSR). Apa yang sangat melapangkan perasaan saya tentang KSSR ini ialah, tujuan kurikulum tersebut sangat murni. Salah satunya adalah untuk memastikan kemenjadian murid. Maksudnya, murid Tahun Satu mulai 2011 tidaklah lagi dinilai berdasarkan UPSR mereka. Tetapi mereka dinilai untuk setiap subjek mulai Tahun Satu lagi. (11 subjek bagi SK). UPSR bernisbah 60 sahaja, itupun untuk 4 subjek sahaja. Subjek yang termasuk dalam penilaian sejak Tahun Satu antaranya Pendidikan Islam/Moral, Pend. Seni Visual, PJK dan Muzik. Matlamat kudus daripada penilaian ini adalah untuk meletakkan murid dalam bidang yang paling dominan buat dirinya.

Maksudnya ialah, tak semestinya murid yang bijak Matematik akan bijak juga dalam Muzik. Tak semestinya murid yang pandai bersukan bijak menulis karangan. Jadi, dari usia tujuh tahun lagi guru-guru mereka sudah mengenal pasti dan mengetahui potensi setiap murid mereka. Bukankah ini lebih adil? Jika hanya murid 5A sahaja yang dianggap bagus atau bijak, apakah murid yang mendapat 5B itu tidak bijak? Barangkali murid tersebut pandai bersajak, pandai bernyanyi dan cergas di padang tetapi semua itu tidak dinilai. Yang dinilai ialah peperiksaan yang diduduki, iaitu UPSR.

Satu perkara lagi, saya berasa inilah perkembangan positif dalam transformasi pendidikan kita, bila mana Pendidikan Islam/ Moral juga diberi penilaian yang sama penting dengan subjek lain. Sahsiah murid direkodkan, jika sahsiah terpuji, murid itu akan mendapat skor yang tinggi. Begitu juga sebaliknya. Saya kira, melalui penilaian seumpama ini, dapatlah kita mengembalikan semula generasi yang bersopan santun, berakhlak tinggi, pandai menghormati orang yang lebih tua dan menjulang hemahnya. Semoga akan suburlah semula budaya bangsa kita yang mulia, umpamanya menghormati guru dan mentaati ibu bapa. Belajar di sekolah bukan hanya untuk pandai, tapi dalam masa yang sama untuk membina akhlak yang terpuji juga. Jika seseorang murid itu dilahirkan dalam keluarga yang tidak mementingkan akhlak mahmudah, maka sukarlah sedikit untuk membentuk murid tersebut. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, tentulah murid itu akan diajar untuk berubah menjadi murid yang berakhlak mulia dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Moral.

Sesungguhnya saya melihat kurikulum baru ini sebanyak serampang banyak mata ke arah membina negara dan bangsa yang disegani di mata dunia. Saya juga gembira kerana kurikulum ini secara tak langsung akan menaikkan semula penghormatan masyarakat terhadap guru...saya akan mengupas perkara ini dalam catatan seterusnya... :)

Tuesday, April 26, 2011

Guru Mesti Berubah!

Berikut adalah alasan-alasan munasabah tentang...mengapa guru-guru mesti berubah selari dengan berubahnya sukatan pelajaran sekolah rendah dan cara menilai anak-anak seawal usia tujuh tahun...

1. Jika terlalu memberi penekanan kepada satu sahaja aspek JERI iaitu intelek, maka matlamat FPN pula tidak tercapai.

2. Jika pendidikan berteraskan peperiksaan diteruskan, maka penglibatan murid dalam kokurikulum akan berkurangan.

3. Jika kita masih memberi penilaian kepada murid berdasarkan keputusan peperiksaan, maka kaedah ini sesungguhnya sangat memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri.

4. Jika menilai produk akhir itu lebih penting (5A atau 7A dalam UPSR), maka tujuan untuk membentuk modal insan yang cemerlang tentunya tidak dapat direalisasikan.

5. Jika guru masih ditekan untuk menghabiskan sukatan pelajaran, maka tentu sekali proses pembelajaran yang sepatutnya tidak dapat dijalankan.

6. Melalui dasar baru ini, martabat profesyen keguruan dapatlah ditingkatkan...integriti meningkat dan guru akan lebih dihormati.

7. Sebenarnya, sistem pentaksiran di sesetengah negara maju sudah lama berubah. Di sana, mereka tidak lagi mengadakan peperiksaan awam sebagai cara menilai murid-murid...

Guru-guru sekalian, hadamkan selumat-lumatnya tentang dokumen standard, band, standard prestasi, deskriptor, evidens dan sebagainya...kemudian, ayuh berubah!!!

KSSR oh.....KSSR

Mulai tahun 2011, murid-murid seluruh Malaysia disajikan dengan sukatan baru dalam pelajaran sekolah rendah. Dan sukatan itu tidak lagi dipanggil sukatan, tetapi standard pembelajaran. Hampir kesemua istilah tidak lagi menggunakan kata Melayu asli, tetapi kata Inggeris yang dimelayukan. Oh, barangkali hendak mengkayakan lagi kosa kata Bahasa Melayu...
Apa sahaja dugaannya, terpaksalah juga para guru yang mengajar Tahun Satu meredah masa menggunakan sukatan yang baru...murid-murid perlu dinilai walaupun borang penilaiannya belum ada.
Guru hanya pelaksana. Apa yang berlaku di dalam pagar sekolah; susah payah atau setiap kesulitan, perlu dihadapi oleh guru dengan sabar... Alangkah bagusnya jika masyarakat kita hari ini melepaskan anak-anak mereka ke sekolah dengan hati yang terbuka...Dan alangkah bagusnya jika ibu bapa mempercayai bahawa apa-apa sahaja yang dilakukan oleh guru hanyalah untuk kebaikan anak-anak mereka juga...

Harus kita sedari, sekian banyak pentaksiran yang wajib dibuat oleh guru itu pada asalnya bertujuan untuk mengetahui:
1. Apa yang murid tahu
2. Apa yang murid boleh buat
3. Apa yang murid boleh amalkan.

Tujuannya sangat murni. Cuma persoalannya, bolehkah semua tujuan ini dicapai? Guru harus telus ketika menilai, tak kira murid yang dinilai itu anak nelayan, anak tukang sapu, anak pegawai kerajaan, anak jutawan, anak hartawan. Cuma, jika anak jutawan ternyata tidak boleh mencapai 3 tujuan di atas, bolehkah gurunya mencatat pencapaian murid tersebut dalam band 1? Tidakkah ibu bapanya akan redha sahaja dengan kebolehan sebenar anak mereka? Ataupun mereka akan terburu-buru menelefon sekolah lalu menyalahkan guru yang tidak mahu mengajar anak mereka dengan betul? Ataupun memberikan gred yang lebih tinggi?

Saya bukannya hendak berprasangka. Saya bimbang itulah yang akan berlaku...dan jika anak seorang nelayan layak mendapat band 6 pada setiap tajuk yang diuji, siapa yang akan memuji? Bukankah pencapaian ini suatu yang hebat? Tentulah hebat...kerana, kemiskinan bukanlah alasan untuk tidak boleh jadi pandai.
Apa yang murid tahu, senang untuk diuji dan dikenal pasti. Apa yang murid boleh buat...mungkin penilaian akan menjadi sukar. Dan untuk mengetahui apa yang murid boleh amalkan, ini adalah kerjasama antara guru dan ibu bapa. Tanpa kerjasama kedua-dua pihak ini, sukarlah sedikit untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah terpuji...

KSSR pada akhirnya nanti bertujuan menilai murid berdasarkan UPSR dan pentaksiran (60:40), bukan lagi  bergantung 100% pada UPSR sahaja. Jadi, mulai hari ini, jika kita mempunyai anak di Tahun Satu, marilah membantu tugas guru...memudahkan tugas guru, demi masa depan anak-anak kita juga...

Anak-anak adalah generasi yang akan kita tinggalkan suatu masa nanti. Jadi, jika hari ini anda enggan melabur untuk mereka, bersedialah untuk kehilangan zuriat keturunan yang mulia. Bukan hanya material sahaja yang wajib kita tinggalkan untuk mereka, tetapi kita juga wajib melengkapkan mereka dengan didikan, akidah, iman dan amal soleh...dan ini bukanlah tugas seorang guru seorang diri...ini adalah tanggungjawab ibu bapa yang membuat dan melahirkan anak-anak tersebut.
Related Posts with Thumbnails