Dalam tempoh setahun, saya berjaya menghasilkan dua buah buku motivasi islamik yang diterbitkan oleh Karya Bestari @ Grupbuku Karangkraf. Pencapaian ini sangat saya syukuri kerana merupakan suatu pencapaian yang sangat baik bagi saya, dalam bidang penulisan setakat ini. Kesibukan bukanlah alasan asalkan hati mahu melakukannya. Menulis buku-buku ini memanglah mencabar kerana memerlukan pemerhatian yang teliti terhadap sesuatu isu. Selain itu, saya juga perlu berhati-hati ketika memasukkan dalil naqli:al-Quran dan hadis. Melalui penulisan, saya merebut peluang untuk belajar dan mendalami ilmu-ilmu Islam.
Saya dengan setulus hati ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih tak terhingga buat team Karya Bestari yang sentiasa menyemarakkan semangat saya untuk terus menghasilkan karya yang berunsur keislaman. Sedikit sebanyak saya berniat untuk menyumbang kepada masyarakat melalui bidang ini. Semogalah buku-buku saya akan memberi walaupun sedikit manfaat kepada pembaca.
Salam ukhuwah dan selamat membaca!