semat dalam jiwa, amalkanlah...
1. Sesiapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufik untuk mencapai apa yang belum diketahui.
2. Kamu tidak boleh memuaskah hati semua orang tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih.
3. Sesungguhnya orang yang lebih lama hidup susah di dunia akan lama gembiranya di akhirat. Orang yang lebih lama kenyang di dunia akan lebih banyak lapar di akhirat.
4. Keadaan hamba hanya ada empat: nikmat, bala, taat dan maksiat.
5. Bagaimana menyelamatkan diri daripada manusia?
* anda memberi hak kepada mereka dan jangan mengambil harta mereka.
* berikan hak mereka dan janganlah menuntut hak anda daripada mereka.
* bersabarlah menghadapi gangguan mereka dna jangan mengganggu mereka.
6. Orang kaya itu tempatnya tetap di bawah orang miskin baik di syurga atau neraka kecuali mereka yang selalu bersedekah. Namun sedikit sekali yang berbuat demikian kerana syaitan sering merintangi mereka untuk bersedekah.
7. Musibah itu hanya satu bala tetapi jika orang yang mendapat musibah itu mengeluh maka menjadi dua bala. Yang satu bala musibah dan satu lagi hilangnya pahala musibah.