Bersolat lah dan Selepas bersolat jangan lupa berdoa
Lima perkara kita semua perlukan dan kita sentiasa berusaha mendapatkannya:
1: Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3: Kesihatan yang baik
4: Anak-anak yang cerdik dan berjaya seperti kita
5: Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Mudah saja untuk mendapatkannya...
Sabda Rasulullah s.a.w:
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
Siapa yang meninggalkan solat Subuh tiadalah nur di wajahnya, sesiapa yang meninggalkan solat Zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat. Sesiapa yang meninggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan sesiapa yang meninggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat. Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
*Dengan menunaikan solat fardu lima kali sehari semalam, insya-Allah apa yang kita perlukan itu akan datang kepada kita.
No comments:
Post a Comment