Sunday, October 24, 2010

Apa Dah Jadi?

Dia menekup wajah dengan jari-jemari runcingnya itu untuk menahan sendu namun air mata tetap deras mengalir. Manik-manik jernih itu menitis melalui jemarinya dan menyusuri lengannya hinggalah akhirnya diserap oleh bantal kapas yang diampu. Dalam satu masa segala nikmat yang dicintai disentap kasar darinya bagaikan bagaikan malakulmaut merentap nyawa seorang pembunuh!

Setelah itulah dia tahu selama ini dia dan jawatannya tidak diiktiraf oleh komiti kelasnya. Agaknya selama ini selautan sumpah seranah pernah dihambur di belakangnya kerana menjawat jawatan itu. Tuhan, makhluk-Mu buta. Seorang yang benar-benar ikhlas dalam tugasnya tidak pernah dihargai. Ketika dia tersungkur, tiada siapapun yang membantunya untuk bangun semula.

Akhirnya rebahlah dia dalam luka yang parah...

Dan lagi, sakit matanya melihat buah hatinya mencalonkan dan menyokong gadis lain. Hatinya terbakar melihat perlakuan itu tetapi demi janji mereka untuk 'menjadi  api kecil', maka dia masih berharap arjunanya masih setia pada janji. Sungguh, apabila termeterai satu-satu ikatan maka ujian-ujian juga pasti mendatang.

1 comment:

  1. Manusia tidak pernah lepas dari ujian dan dugaan,buruan ujian baik atau jahat.Manusia yang jujur,ikhlas dalam perbuatannya,selalunya ujiannya besar dan kuat,namun ujian itu tidak pernah memaksa dirinya kecewa,putus asa malah dengan ujian itu jiwanya makin kuat,padu,yakin seyakin-yakinya jalan yang terang dan indah bakal di milikinya.

    Manusia ini pergantunganya sangat kuat dengan Tuhan,kerana manusia ini yakin dengan kuasa dan pertolongan Tuhan.

    Apa yang berlaku ke atasnya,ibarat semut kecil yang tidak bisa mengapa-apakannya,malah apa yang berlau padanya,semakin kuat dan tekadnya makin membara,mercu kejayaan terbentang di hadapan matanya.

    Percayalah di atas ujian dan kesengsaraan itu pasti ada manisnya madu untuk di minum sebagai penghilang dahaga,sejahtera dan harmoni pasti miliknya.

    Sekian,sekadar berkongsi rasa;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails