Setelah menghadiri sesi penerangan demi penerangan, bengkel dan taklimat tentang KSSR, saya mula senyum dan menghela nafas lega. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat mentransformasi pendidikan di negara tercinta ini. Saya berasa sangat gembira. Mengapa?
KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia merupakan kurikulum baru yang menggantikan KBSR. (Saya ialah produk pertama KBSR). Apa yang sangat melapangkan perasaan saya tentang KSSR ini ialah, tujuan kurikulum tersebut sangat murni. Salah satunya adalah untuk memastikan kemenjadian murid. Maksudnya, murid Tahun Satu mulai 2011 tidaklah lagi dinilai berdasarkan UPSR mereka. Tetapi mereka dinilai untuk setiap subjek mulai Tahun Satu lagi. (11 subjek bagi SK). UPSR bernisbah 60 sahaja, itupun untuk 4 subjek sahaja. Subjek yang termasuk dalam penilaian sejak Tahun Satu antaranya Pendidikan Islam/Moral, Pend. Seni Visual, PJK dan Muzik. Matlamat kudus daripada penilaian ini adalah untuk meletakkan murid dalam bidang yang paling dominan buat dirinya.
Maksudnya ialah, tak semestinya murid yang bijak Matematik akan bijak juga dalam Muzik. Tak semestinya murid yang pandai bersukan bijak menulis karangan. Jadi, dari usia tujuh tahun lagi guru-guru mereka sudah mengenal pasti dan mengetahui potensi setiap murid mereka. Bukankah ini lebih adil? Jika hanya murid 5A sahaja yang dianggap bagus atau bijak, apakah murid yang mendapat 5B itu tidak bijak? Barangkali murid tersebut pandai bersajak, pandai bernyanyi dan cergas di padang tetapi semua itu tidak dinilai. Yang dinilai ialah peperiksaan yang diduduki, iaitu UPSR.
Satu perkara lagi, saya berasa inilah perkembangan positif dalam transformasi pendidikan kita, bila mana Pendidikan Islam/ Moral juga diberi penilaian yang sama penting dengan subjek lain. Sahsiah murid direkodkan, jika sahsiah terpuji, murid itu akan mendapat skor yang tinggi. Begitu juga sebaliknya. Saya kira, melalui penilaian seumpama ini, dapatlah kita mengembalikan semula generasi yang bersopan santun, berakhlak tinggi, pandai menghormati orang yang lebih tua dan menjulang hemahnya. Semoga akan suburlah semula budaya bangsa kita yang mulia, umpamanya menghormati guru dan mentaati ibu bapa. Belajar di sekolah bukan hanya untuk pandai, tapi dalam masa yang sama untuk membina akhlak yang terpuji juga. Jika seseorang murid itu dilahirkan dalam keluarga yang tidak mementingkan akhlak mahmudah, maka sukarlah sedikit untuk membentuk murid tersebut. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, tentulah murid itu akan diajar untuk berubah menjadi murid yang berakhlak mulia dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Moral.
Sesungguhnya saya melihat kurikulum baru ini sebanyak serampang banyak mata ke arah membina negara dan bangsa yang disegani di mata dunia. Saya juga gembira kerana kurikulum ini secara tak langsung akan menaikkan semula penghormatan masyarakat terhadap guru...saya akan mengupas perkara ini dalam catatan seterusnya... :)
Thursday, April 28, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Guru Mesti Berubah!
Berikut adalah alasan-alasan munasabah tentang...mengapa guru-guru mesti berubah selari dengan berubahnya sukatan pelajaran sekolah rendah dan cara menilai anak-anak seawal usia tujuh tahun...
1. Jika terlalu memberi penekanan kepada satu sahaja aspek JERI iaitu intelek, maka matlamat FPN pula tidak tercapai.
2. Jika pendidikan berteraskan peperiksaan diteruskan, maka penglibatan murid dalam kokurikulum akan berkurangan.
3. Jika kita masih memberi penilaian kepada murid berdasarkan keputusan peperiksaan, maka kaedah ini sesungguhnya sangat memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri.
4. Jika menilai produk akhir itu lebih penting (5A atau 7A dalam UPSR), maka tujuan untuk membentuk modal insan yang cemerlang tentunya tidak dapat direalisasikan.
5. Jika guru masih ditekan untuk menghabiskan sukatan pelajaran, maka tentu sekali proses pembelajaran yang sepatutnya tidak dapat dijalankan.
6. Melalui dasar baru ini, martabat profesyen keguruan dapatlah ditingkatkan...integriti meningkat dan guru akan lebih dihormati.
7. Sebenarnya, sistem pentaksiran di sesetengah negara maju sudah lama berubah. Di sana, mereka tidak lagi mengadakan peperiksaan awam sebagai cara menilai murid-murid...
Guru-guru sekalian, hadamkan selumat-lumatnya tentang dokumen standard, band, standard prestasi, deskriptor, evidens dan sebagainya...kemudian, ayuh berubah!!!

KSSR oh.....KSSR
Mulai tahun 2011, murid-murid seluruh Malaysia disajikan dengan sukatan baru dalam pelajaran sekolah rendah. Dan sukatan itu tidak lagi dipanggil sukatan, tetapi standard pembelajaran. Hampir kesemua istilah tidak lagi menggunakan kata Melayu asli, tetapi kata Inggeris yang dimelayukan. Oh, barangkali hendak mengkayakan lagi kosa kata Bahasa Melayu...
Apa sahaja dugaannya, terpaksalah juga para guru yang mengajar Tahun Satu meredah masa menggunakan sukatan yang baru...murid-murid perlu dinilai walaupun borang penilaiannya belum ada.
Guru hanya pelaksana. Apa yang berlaku di dalam pagar sekolah; susah payah atau setiap kesulitan, perlu dihadapi oleh guru dengan sabar... Alangkah bagusnya jika masyarakat kita hari ini melepaskan anak-anak mereka ke sekolah dengan hati yang terbuka...Dan alangkah bagusnya jika ibu bapa mempercayai bahawa apa-apa sahaja yang dilakukan oleh guru hanyalah untuk kebaikan anak-anak mereka juga...
Harus kita sedari, sekian banyak pentaksiran yang wajib dibuat oleh guru itu pada asalnya bertujuan untuk mengetahui:
1. Apa yang murid tahu
2. Apa yang murid boleh buat
3. Apa yang murid boleh amalkan.
Tujuannya sangat murni. Cuma persoalannya, bolehkah semua tujuan ini dicapai? Guru harus telus ketika menilai, tak kira murid yang dinilai itu anak nelayan, anak tukang sapu, anak pegawai kerajaan, anak jutawan, anak hartawan. Cuma, jika anak jutawan ternyata tidak boleh mencapai 3 tujuan di atas, bolehkah gurunya mencatat pencapaian murid tersebut dalam band 1? Tidakkah ibu bapanya akan redha sahaja dengan kebolehan sebenar anak mereka? Ataupun mereka akan terburu-buru menelefon sekolah lalu menyalahkan guru yang tidak mahu mengajar anak mereka dengan betul? Ataupun memberikan gred yang lebih tinggi?
Saya bukannya hendak berprasangka. Saya bimbang itulah yang akan berlaku...dan jika anak seorang nelayan layak mendapat band 6 pada setiap tajuk yang diuji, siapa yang akan memuji? Bukankah pencapaian ini suatu yang hebat? Tentulah hebat...kerana, kemiskinan bukanlah alasan untuk tidak boleh jadi pandai.
Apa yang murid tahu, senang untuk diuji dan dikenal pasti. Apa yang murid boleh buat...mungkin penilaian akan menjadi sukar. Dan untuk mengetahui apa yang murid boleh amalkan, ini adalah kerjasama antara guru dan ibu bapa. Tanpa kerjasama kedua-dua pihak ini, sukarlah sedikit untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah terpuji...
KSSR pada akhirnya nanti bertujuan menilai murid berdasarkan UPSR dan pentaksiran (60:40), bukan lagi bergantung 100% pada UPSR sahaja. Jadi, mulai hari ini, jika kita mempunyai anak di Tahun Satu, marilah membantu tugas guru...memudahkan tugas guru, demi masa depan anak-anak kita juga...
Anak-anak adalah generasi yang akan kita tinggalkan suatu masa nanti. Jadi, jika hari ini anda enggan melabur untuk mereka, bersedialah untuk kehilangan zuriat keturunan yang mulia. Bukan hanya material sahaja yang wajib kita tinggalkan untuk mereka, tetapi kita juga wajib melengkapkan mereka dengan didikan, akidah, iman dan amal soleh...dan ini bukanlah tugas seorang guru seorang diri...ini adalah tanggungjawab ibu bapa yang membuat dan melahirkan anak-anak tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)