Wednesday, April 7, 2010

Lucunya...

Duit RM50 kelihatan begitu besar pabila dibawa ke peti derma masjid atau surau, tetapi begitu kecil pabila dibawa ke pasar raya.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, tetapi betapa pendeknya waktu itu dirasakan untuk pertandingan bola sepak.

Alangkah lamanya dua jam berada di masjid atau surau, tetapi betapa cepatnya dua jam berlalu ketika menonton Akademi Fantasia.

Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tetapi betapa mudahnya kita mencari bahan bersembang bila bertemu atau mengumpat bersama jiran atau kawan-kawan.

Susah sangat hendak baca al-Quran walau hanya satu juzuk, tetapi majalan hiburan dan best-seller novel 600 halaman boleh dikhatam sekejap sahaja.

Ramai orang berebut tempat paling depan tika menonton konsert atau perlawanan bola sepak, tetapi berebut saf paling belakang pabila solat Jumaat atau solat berjemaah.

Ramai yang tidak pernah berkira membeli CD, VCD lagu/filem terkini walaupun harganya sangat mahal, tetapi mahu tawar-menawar pula waktu hendak membeli kaset ceramah agama. adakalanya tak jadi beli kalau tak dapat tawar harga seringgit dua.

Ada manusia yang mudah benar percayakan khabar angin, umpatan, adu domba, SMS palsu dan surat layang tetapi enggan mempercayai berita targhib dan tarhib yang sudah termaktub dalam al-Quran.

Ramai 'anak' yang boleh meluangkan masa bergayut di telefon lama-lama dengan buah hati, kawan, kekasih, teman tapi mesra dan segala tetapi tiada masa langsung untuk telefon dan bertanya khabar ayah bonda di kampung.

Betapa asyiknya mendengar alunan lagu daripada penyanyi ternama tanah air, memuja dan mengundinya dalam setiap anugerah yang dicanang-canangkan tetapi...bosannya mendengar ceramah dan tazkirah!

Tanyalah diri sendiri...sejauh mana perkara ini benar, dan sedalam mana pula agama dipersendakan??? Berhibur tak salah tetapi biarlah tidak melepasi garis sempadan agama kita yang mulia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails