Thursday, April 8, 2010

Seraut Kasih - Novel Paling Terkesan Di Hati

sedutan bab 27...

"Selamat datang ke Kotej Bintang Hati, Rudy."
Kekagumannya tidak terhenti di situ. Tidak disangka, perpisahan selama 10 tahun itu sudah menjadikan Suha seorang wanita yang berjaya. Bukan mudah sebenarnya bagi seorang wanita untuk merintis perjalanan dalam bidang perniagaan tetapi Suha telah berjaya membuktikannya. Dia makin yakin, Suha memang tabah.
"Atas nama persahabatan, percutian Rudy ke sini adik taja. Berapa lama pun tak kisahlah...sampai awak jemu,"
"Atas nama persahabatan saja? Tak lebih daripada itu?" Senyuman Rudy masih manis seperti 10 tahun lalu. Suha segera melarikan pandangannya.
"Mana boleh lebih..." sangkal Suha.
"Adik dah buang semua kenangan kita dulu?" asak Rudy.
"Barangkali...ya!"
"Sedangkan saya masih mengenang setiap detik manis itu, sampai sekarang." Rudy menatap mata Suha. Betapa wajah ini amat dirindui!
"Maaf." Suha mengalah. Dia mengangkat muka lalu memandang Rudy. Lalu dia mengukir senyuman.
Wajah Rudy sudah berubah sedikit, sebab itulah dia tak berapa cam lagi. Siapa yang akan terfikir boleh berjumpa semula dengan pemuda ini? Mati-mati Suha ingat Rudy sudah pulang dan menetap di tanah airnya.
"Saya selalu berdoa akan berdoa adik lagi..." Dia lebih selesa membahasakan diri sebagai 'saya' dengan Suha. Katanya, itulah yang paling sesuai sebagai tanda hormat dan kasihnya kepada Suha. Rudy tua dua tahun daripada Suha. Mereka kenal sewaktu Suha berada di Tingkatan Lima. Rudy mendaftar sekelas dengannya sebaik sahaja abangnya yang menjadi duta, berhijrah ke Kuala Lumpur. Entah mengapa dalam ramai-ramai pelajar 5 Bestari, Rudy memilih untuk rapat dengannya.
"Adik, dah tercapai ke hasrat adik tamat PhD macam yang kita rancangkan dulu?" Suha tersenyum. Bahasa Melayu Rudy semakin baik. Mungkin sebab selepas tamat Tingkatan Lima, Rudy menetap lama di Malaysia.
"Belum, Rudy. Banyak sangat yang terjadi dalam hidup adik..."
"Jangan mengeluh, dik. Banyak mengeluh membuatkan hidup kita makin pendek.Ingat lagi tak pesanan saya dulu?"
Suha diam. Sesekali dia asyik memandang gelombang kecil yang terhasil pabila bayu lembut menghembus ke permukaan tasik.
"Saya percaya adik tabah. Kalau tidak, masakan kotej sehebat ini boleh bangun dengan megah?" puji Rudy ikhlas.
"Ah, Rudy masih tetap seperti 10 tahun dulu...selalu mengadakan apa yang tiada pada adik!"
"Ya betul. Adik juga tidak berubah. Adik masih tetap seorang gadis yang tabah seperti 10 tahun dahulu..."
Gadis??? Suha berasa sebak.

to be continued...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails