Friday, October 7, 2011

wasiat kesungguhan...

Mohd Rushdan 
                                                                                                                       
Mohd Amiruddin  

28.6.90

1.44 am   
                                                                                                               
ASSALAMU ALAIKUM

Adik-adik yang dirahmati Allah,
Kemaafan didahului kiranya surat ini mengganggu situasi pembelajaran adik-adik. Mungkin adik-adik hanya mengenali kami tanpa mengenali latar belakang kami, tetapi bagi kami berdua, kami merasakan bertanggungjawab terhadap adik-adik.

Sesungguhnya kami mengutus lembaran ini semata-mata untuk memberi sedikit nasihat dan pengalaman yang ada pada kami kepada adik-adk. Pertamanya abang berdua mahu adik-adik semua sedar akan tanggungjawab adik sebagai pelajar Islam. Tuntutlah ilmu semata-mata kerana Allah. Bersungguh-sungguh dan bersabarlah dalam menghadapi sebarang dugaan tidak kira sama ada dari nafsu, pengaruh persekitaran dan godaan syaitan. Adik-adik semua perlu berfikir panjang sekiranya ingin melakukan sesuatu.

Abang berdua juga berharap agar adik-adik mempunyai cita-cita yang dapat menjamin kebahagiaan hidup adik-adik di dunia dan akhirat. Penuhilah hajat kedua-dua orang tua yang menghantar kalian ke sekolah. Jangan sesiakan masa muda atau remaja dengan melakukan perbuatan yang tak berfaedah. Kembalilah kepada Tuhan dengan berusaha dan bertawakkal jika menghadapi sebarang masalah dalam hidup kalian.

Buatlah apa sahaja tetapi ingatlah kamu akan dibalas setimpal dengan apa yang kamu lakukan. Cintailah sesiapa yang kamu suka tetapi ingatlah kamu akan berpisah dengannya. Amalkanlah apa yang kamu mampu tapi ingatlah kamu akan mati akhirnya.

BERSEDIALAH UNTUK HARI ESOK KERANA ESOK BERMULA HARI INI-KESUNGGUHAN DAN KETABAHAN KAMU AKAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN KEPADA KAMU PADA HARI ESOK.

Sekianlah  sahaja daripada abang berdua untuk adik-adik tingkatan 2 yang disayangi. Kemaafan dipinta sekiranya ada perbuatan-perbuatan kami yang kurang menyenangkan hati kalian.


MOHD RUSHDAN JAILANI                                                          
(KUSZA)

MOHD AMIRUDDIN OTHMAN
(UIA)                                                                                          

WASSALAM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails