Tuesday, October 18, 2011

BAKAL TERBIT! TAHNIAH BUAT RUHANA ZAKI. KAU HADIR DALAM MUNAJATKU


Tahniah buat Ruhana Zaki selepas cemerlang dalam penulisannya Kerana-MU Aku Berubah kini lahir pula hasil karya terbaru yang bertajuk KAU Hadir Dalam Munajatku. Memang sentuhannya kali ini lebih menyengat dengan bahasanya dan juga kandungan yang ingin disampaikan. Motivasi Islamik yang mula mendapat tempat pembaca bagi siri Kauthar ini memang tidak disangkal lagi dengan kehadiran banyak buku diterbitkan oleh Karya Bestari. Syukur Alhamdulillah banyak judul kami telah diulang cetak dan kami merasakan ALLAH bersama kami dalam menyampaikan Ilmu-NYA... Moga ilmu yang disampaikan ini memberi syafaat dan juga mendapat rahmat serta perlindungan dari ALLAH. S.W.T...
Selesai sahaja buku ini disiapkan covernya cepat-cepat kami hantarkan kepada penulis. Memang Puan Ruhana Zaki sangat gembira dengan ketibaan cover ini di mukabuku/facebook. Seronoknya bukan kepalang membuatkan hati kami juga berbunga mekar. Sangat exited bila melihat rakan-rakan Puan Ruhana Zaki memberi komen positif dan berkongsi kegembiraan walaupun bukunya tidak lagi berada di pangkuannya. Buku ini masih dalam percetakan dan InsyaALLAH akan berada dipasaran pada penghujung Oktober 2011 ini.

 
Sedarilah... tanah yang dipijak ini
adalah milik ALLAH S.W.T
dan udara yang dihirup ini juga milik-NYA.
Andai pernah terlanjur membuat-NYA murka,
masih ada masa untuk membuka lembaran baru.
Andai terasa diri sudah sempurna,
teruskanlah amalan hingga ke hujung nyawa.
Semoga kalimah terakhir kita adalah laailaahaillallah...


Nikmat
dunia sememangnya tidak akan habis dikejar. Biarlah dunia berlari. Sudah sampai masa kita berjalan dengan tenang untuk mengutip amalan yang tertinggal. Dan sudah sampai masa kita membuang debu-debu kotor yang melekat di badan agar tidak menjadi beban di Padang Mahsyar kelak.
Ketika menyiapkan bekalan, sudah semestinya kita memerlukan kehadiran TUHAN. Rasailah kasih sayang-NYA setiap kali kita melangkah. Tadahlah tangan, serahkanlah sepenuh hati kepada-NYA. Yakinlah... DIA pasti memperkenankan permintaan, melapangkan kesusahan dan menyembuhkan kedukaan.
KAU Hadir Dalam Munajatku mengajak kita mendambakan kehadiran ILAHI dalam segenap penjuru kehidupan. Pulanglah ke jalan TUHAN. Kembalilah kepada rahmat-NYA yang tiada tara itu. Buangkanlah semua keluhan dan runtuhkanlah apa jua jurang. Sujudlah pada-NYA, moga DIA memperkenankan jalan redha… moga kehadiran-NYA dapat dirasai dalam setiap munajat kita.
ANTARA PENGISIAN MENARIK:
  • Tika Hati Bertasbih
  • Bicara Hati dan Iman
  • Terbilang di Sisi TUHAN
  • Masaku Semakin Hampir
  • Alam Tidak Pernah Ingkar
  • Berbekallah Dengan Cukup
  • Setiap Sendi Benci Maksiat
  • Pulanglah Dengan Sejahtera
  • Penghujung Itulah Permulaan
  • Sebelum Jasad Dimamah Bumi
Sebarang pertanyaan Hubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@ka­rangkraf.com mailto:promogrupbuku@karangkraf.com Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza).
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails