Tuesday, October 18, 2011

KAU Hadir Dalam Munajatku: Ruhana Zaki





BUKU: KAU HADIR DALAM MUNAJATKU
PENULIS: RUHANA ZAKI
 ISBN: 978-967-86-0388-1
HARGA: RM19.90
HALAMAN: 480

Nikmat dunia sememangnya tidak akan habis dikejar. Biarlah dunia berlari. Sudah sampai masa kita berjalan dengan tenang untuk mengutip amalan yang tertinggal. Dan sudah sampai masa kita membuang debu-debu kotor yang melekat di badan agar tidak menjadi beban di Padang Mahsyar kelak. Keti...ka menyiapkan bekalan, sudah semestinya kita memerlukan kehadiran TUHAN. Rasailah kasih sayang-NYA setiap kali kita melangkah. Tadahlah tangan, serahkanlah sepenuh hati kepada-NYA. Yakinlah... DIA pasti memperkenankan permintaan, melapangkan kesusahan dan menyembuhkan kedukaan. KAU Hadir Dalam Munajatku mengajak kita mendambakan kehadiran ILAHI dalam segenap penjuru kehidupan. Pulanglah ke jalan TUHAN. Kembalilah kepada rahmat-NYA yang tiada tara itu. Buangkanlah semua keluhan dan runtuhkanlah apa jua jurang. Sujudlah pada-NYA, moga DIA memperkenankan jalan redha… moga kehadiran-NYA dapat dirasai dalam setiap munajat kita.

Antara kandungan menarik:
 -Tika Hati Bertasbih
 -Bicara Hati dan Iman
-Terbilang di Sisi TUHAN
-Masaku Semakin Hampir
-Alam Tidak Pernah Ingkar
-Berbekallah Dengan Cukup
-Setiap Sendi Benci Maksiat
-Pulanglah Dengan Sejahtera
 -Penghujung Itulah Permulaan -
Sebelum Jasad Dimamah Bumi


1 comment:

  1. Alhamdulillah..Tahniah buat sahabat,Insyallah akan cari dan milikinya nanti.Pengisian rohani buat jiwa gelisah.Sudah pastinya sarat dengan motivasi pembangun diri menuju Tuhannya.

    Dalam kesibukan sebagai seorang guru,rupa-rupanya Allah lorongkan kemudahan untuk mencurah butir-butir mutiara buat tatapan Ummah.Ya..Ummah masih dahagakan seberkas cahaya bagi menerangi kehidupan yang semakin berkecamuk dengan pelbagai karenah kehidupan.

    Dugaan,keperitan,kepayahan..adakalanya memberikan nikmat pada akhirnya.Hati yang tulus melahirkan butiran hikmah yang sangat berguna.

    Tahniah atas kelahiran buku terbaru;)

    Masshah,Meru.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails