Wednesday, December 4, 2013

Disember Yang Sayu...


Tabir Disember tersingkap lagi. Penghujung tahun yang tentunya mengundang memori lalu untuk terus bertandang.
 
5 Disember 1999-5 Disember 2013.
 
Sudah 14 tahun aku melaluinya...sedih, pedih, pilu...jauh.

Sunday, November 17, 2013

5A Bukanlah Segala-galanya


14 November lalu merupakan hari bersejarah bagi murid-murid Tahun Enam kerana pada hari tersebut, keputusan UPSR diumumkan. Alhamdulillah nampaknya UPSR tiada kontroversi pada tahun ini.
 
Pada hari tersebut, saya bermesyuarat di KPM. Ada beberapa orang sahabat yang sama-sama bermesyuarat mengumpul debar kerana anak-anak mereka juga mengambil UPSR. Saya senyum melihat debar mereka. Belum pukul 10 pagi, mereka sudah menaip SMS untuk mendapatkan keputusan. Melihat wajah ketat mereka, saya juga turut rasa berdebar-debar. Mana tidaknya, saya juga pernah merasainya pada tahun 2012.
 
Di dinding fb mula penuh sarat dengan post yang menayang wajah-wajah anak-anak yang berjaya mendapat 5A. Abah dan ummi amat berbangga denganmu, anak, tulis mereka di situ. Ya. Ayah ibu patut berasa bangga. Mana tidaknya, banyak wang ringgit dilaburkan untuk anak-anak menghadiri kelas tambahan dan sebagainya. Tidakkah rasa membazir jika dengan pelaburan sebegitu besar, anak-anak tidak mendapat 5A?
 
Tak kurang ramai juga yang kecewa pabila anak yang diharap-harap itu, tidak mendapat 5A. Hah! Dapat 4A 1B pun kecewa? Apakah 4A 1B itu tidak cemerlang? Bagaimana pula agaknya...dengan anak-anak yang mendapat keputusan di bawah 3A...atau tiada A langsung?
 
Apakah anak begitu terus dilabelkan gagal? Sempat saya tersenyum ketika seorang sahabat post satu status: Dulu saya dapat 2A 2B 1C dalam UPSR...bla...bla...akhirnya sahabat saya ini berjaya juga dalam hidupnya, malah lebih cemerlang daripada saya yang mendapat 5A ini.
 
Hakikatnya, 5A hanyalah permulaan. Kebanyakan orang mahukan permulaan yang baik. Namun, bukanlah suatu kegagalan yang besar atau abadi jika UPSR tidak memberikan permulaan yang baik kepada anak-anak kita. Ada banyak faktor mengapa ada anak-anak kita tidak berjaya sejak mula. Ada yang mula menunjukkan peningkatan ketika berada di sekolah menengah. Ada yang mahu mula belajar bersungguh-sungguh setelah masuk kolej. Malah ada yang mahu memulakan semangat hidup ketika sudah berumah tangga.
 
Adakah itu bermaksud mereka gagal?
 
Tegakah anda melabel anak anda sebagai gagal? Tentu tidak, bukan? Anak yang kita kandung dengan susah-payah, anak yang kita curahkan sepenuh kasih-sayang...mustahillah kita sanggup melabelnya sebagai gagal.
 
Ayuh, ayah ibu yang anaknya tidak mendapat 5A, 14 November bukanlah penghujung segala-galanya. 14 November 2013 merupakan permulaan yang cerah buat anakmu. Izinkan mereka berehat seketika sebelum memasuki alam sekolah menengah. Kemudian, apabila fajar 2014 menjelma, berdampinglah dengan mereka dan luangkanlah masa untuk mengetahui apa yang mereka suka.  Tak semestinya orang yang tidak meminati pen dan kertas tidak memiliki masa depan yang cerah.
 
Rezeki ada di mana-mana. Jika anak-anak meminati sesuatu kemahiran, galakkan mereka menceburi bidang tersebut secara bersungguh-sungguh. Percayalah, zaman ini, pen dan kertas bukan satu-satunya bidang yang menjanjikan kemewahan. Bidang kemahiran juga tak kurang keuntungannya.
 
Yang paling penting adalah kesedaran ibu bapa terhadap peri pentingnya ilmu agama yang diamalkan oleh anak-anak. Zaman ini, sering kita dengar keluhan daripada guru-guru bahawa murid-murid cerdik semakin kurang yang berbudi bahasa. Bagi mereka, jika mereka bijak, that's it. Adab dan budi bahasa tidaklah penting bagi golongan yang bijak pandai.
 
Bagi saya, biarlah seseorang anak itu sederhana kepandaiannya namun adab sopannya biarlah 200%. Begitu juga dengan amalan agamanya.
 
Oleh sebab itu wahai ayah ibu, usahlah bersedih jika anakmu tidak mendapat 5A pada kali ini. Peluang masih ada...PBSMR tiga tahun lagi dan SPM lima tahun lagi. Mungkin ketika memasuki alam sekolah menengah, mereka lebih minat untuk belajar kerana pada waktu itu, mereka sudah mula diletakkan di dalam kelas mengikut kemahiran masing-masing.
 
Allah Maha Adil. Rezeki untuk anak-anak sudah ditetapkan. Namun kita sebagai ibu bapa tetap masih kena berusaha. Walau bagaimanapun, jangan berhenti bersangka baik kepada-Nya. Yakinlah!
 

Air untuk Kesihatan



 
Air ada banyak manfaat, antaranya:
 
Menyingkirkan toksin
Membantu fungsi ginjal
Melembutkan kulit
Melancarkan fungsi organ-organ penting
Mencergaskan tubuh, mencerdaskan otak
Awet muda
Mencantikkan mata
Membersihkan kulit
Mencantikkan bibir
Melancarkan pencernaan
Melangsingkan tubuh
Menyegarkan tubuh
Mengelakkan bau badan
 
Sebagaimana hayat kita bermula daripada air, tubuh kita memerlukan air sehingga ke akhir usia.
 
 
 
 


Sunday, November 10, 2013

Makanan Minda





1. Coklat
Selain memberikan perasaan yang baik kepada anda, coklat turut mampu meningkatkan aliran darah ke otak. Antioksida utama yang ditemui di dalam koko yang dikenali sebagai flavonols mampu melancarkan peredaran darah ke otak. Ia ditemui banyak dalam coklat hitam.
 
2. Ikan
Ikan kaya dengan omega-3. Mengambil satu hidangan ikan dalam seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Ia akan menutup neuron dengan lemak yang baik dan membolehkannya bergerak dengan sempurna. Bahkan ia turut membekalkan oksigen kepada otak. Ikan yang baik untuk kesihatan, antaranya salmon dan tuna.
 
3. Bijirin dan kekacang
Makanan seperti oat dan barli berupaya untuk meningkatkan peredaran darah ke otak. Ini bermkanna, otak dapat berfungsi dengan baik. Bijiran mengandungi vitamin B6 yang kaya dengan thiamine. Ia dapat meningkatkan memori manusia terutama kepada mereka yang menghampiri usia 60 tahun.
 
4. Telur
Apabila usia meningkat, otak akan mengecut. Bagaimanapun, proses pengecutan ini boleh dicegah dengan memakan telur kerana ia mengandungi vitamin B12. Kuning telur mengandungi kandungan tertentu yang sangat baik untuk membina sel dalam otak.
 
5. Kari
Kari kaya dengan antioksida yang membantu melawan penuaan otak dan mengekalkan fungsi kognitif apabila kita tua. Antioksida ini juga melawan kerosakan radikal bebas yang berlaku di dalam tubuh dan otak.
 
6. Tiram
Tiram kaya dengan zat besi. Ia dapat menajamkan minda dan meningkatkan keupayaan untuk mengimbas semula maklumat dengan mudah. Kekurangan zat besi  boleh mengakibatkan seseorang itu hilang tumpuan.
 
7. Sayur-sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kubis dan kangkung membantu kita mengingat maklumat lama dengan baik seolah-olah anda baru mempelajarinya semalam.
 
8. Kacang soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus, iaitu kawasan penting untuk memori.
 
Sumber: Harian Metro.
 

Surat Daripada TUHAN



~kini sudah berada di pasaran~
 


Tanggungjawab Guru Alaf Baharu


Tanggungjawab terhadap diri sendiri:
1. Menjaga keselamatan diri
2. Menjaga kebersihan
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri
4. Meningkatkan kesejahteraan diri
5. Melibatkan diri dalam program peningkatan kualiti sebagai guru

Tanggungjawab terhadap ilmu:
1. Penguasaan ilmu takhassus
2. Iltizam terhadap amanah ilmiah
3. Amal dan kembangkan ilmu
4. Ikuti perkembangan teknologi dalam pendidikan
5. Manfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan dan kesejahteraan sejagat

Tanggungjawab terhadap profesyen:
1. Menepati masa
2. Free period
3. Mengutamakan tugas hakiki

Tanggungjawab terhadap pelajar:
1. Memperbaiki kecekapan ikhtisas
2. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan
3. Bersikap adil
4. Menjaga kerahsiaan
5. Membimbing atau mengajar tanpa bayaran
6. Role model

Tanggungjawab terhadap ibu bapa/penjaga murid:
1. Menghormati
2. Mewujudkan hubungan mesra
3. Memastikan kerahsiaan maklumat murid
4. Meneliti maklumat
5. Elak sikap double standard
6. Menjaga tutur kata

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat:
1. Memelihara profesyen
2. Menunaikan tanggungjawab dengan rajin
3. Membantu rakan sejawat
4. Menjadi ahli persatuan guru
5. Memelihara komunikasi

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara:
1. Elak menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan Rukunegara
2. Mengambil bahagian dan kegiatan masyarakat
3. Kerjasama dalam masyarakat
4. Meningkatkan kehidupan bermoral, kebudayaan dan kecendekiawanan
5. Memupuk sikap dan nilai murni

Sumber: Kursus Pemantapan Guru bagi Program j-QAF Peringkat Negeri Selangor.

Wednesday, April 3, 2013

Pra-Pembikinan Surat Daripada TUHAN



Penulis bergambar dengan tim Karya Bestari setelah selesai penggambaran untuk buku Surat Daripada TUHAN

Ragam Kolumnis


Menjadi kolumnis merupakan obsesi sesetengah penulis. Maklumlah dengan menjadi kolumnis, dirinya lebih dikenali kerana muncul di dada akhbar atau majalah saban hari, saban minggu atau saban bulan. Ini tidak sama jika dia kekal menulis buku kerana bukan orang akan beli atau baca buku seseorang penulis itu.

Kolumnis cepat terkenal disebabkan pendapat yang ingin dilontar. Dia juga bebas menulia apa-apa sahaja kerana dia 'memiliki' ruang tersebut.

Tapi jangan lupa, menjadi kolumnis bermakna mengizinkan seluruh rakyat Malaysia menilai tulisan anda. Tak kira pak cik yang bersidai siang malam di kedai kopi, atau cendekiawan universiti, mereka akan menilai tulisan tersebut berdasarkan ruang lingkup ilmu yang mereka ada.

Saya, sebagai golongan marhaen, kadangkala turut menilai tulisan para kolumnis akhbar. Tidak perlukan ilmu yang banyak untuk mengetahui seseorang itu berpihak kepada parti yang mana satu. Mereka terang-terang mengakuinya melalui tulisan mereka. Tak tahulah, mungkin mereka bangga berbuat begitu. Atau secara tidak disedari, mereka tidak mengakui parti politik yang disokong tetapi tindakan menempelak pihak yang satu lagi dapat menjelaskan pendirian mereka.

Hari ini, ketika menyelak sebuah akhbar tempatan pada pukul 5.30 petang, saya rasa nak tergelak pula membaca satu ruangan 'itu'. Sebagai seorang kolumnis tentang cermin diri, ternyata penulis itu sendiri belum telus mencermin dirinya sendiri mahupun keadaan persekitaran. Cetek sahaja pemikirannya. Itupun boleh jadi kolumnis?

Dah rezeki dia, dan ruang itu ruangan dia...

Cuma, saya lebih suka jika semua kolumnis akhbar tidak memaparkan idea hanya untuk mengampu pihak-pihak berkenaan sahaja. Bukankah akhbar wajar memberikan ilmu yang lurus kepada para pembacanya? Jadi, laksanakanlah tanggungjawab tersebut dengan telus, supaya lulus pada perhitungan di hadapan ALLAH SWT nanti.

Yang penting, hidup kita bukanlah untuk memenuhi keperluan duniawi semata-mata. Walaupun tulisan kita itu bisu, ia berupaya mengubah ramai orang. Jadi, jika seseorang kolumnis itu bertujuan menyebarluaskan propaganda, boleh jadi agendanya itu akan berjaya jika yang membacanya adalah orang yang cetek akal juga.

Siapapun kita, biarlah kita menyumbang ke arah kebaikan. Kerana setiap huruf adalah saham untuk menuju akhirat, sama ada akhirat yang bahagia atau akhirat yang sengsara.
Related Posts with Thumbnails