Sunday, November 10, 2013

Makanan Minda





1. Coklat
Selain memberikan perasaan yang baik kepada anda, coklat turut mampu meningkatkan aliran darah ke otak. Antioksida utama yang ditemui di dalam koko yang dikenali sebagai flavonols mampu melancarkan peredaran darah ke otak. Ia ditemui banyak dalam coklat hitam.
 
2. Ikan
Ikan kaya dengan omega-3. Mengambil satu hidangan ikan dalam seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Ia akan menutup neuron dengan lemak yang baik dan membolehkannya bergerak dengan sempurna. Bahkan ia turut membekalkan oksigen kepada otak. Ikan yang baik untuk kesihatan, antaranya salmon dan tuna.
 
3. Bijirin dan kekacang
Makanan seperti oat dan barli berupaya untuk meningkatkan peredaran darah ke otak. Ini bermkanna, otak dapat berfungsi dengan baik. Bijiran mengandungi vitamin B6 yang kaya dengan thiamine. Ia dapat meningkatkan memori manusia terutama kepada mereka yang menghampiri usia 60 tahun.
 
4. Telur
Apabila usia meningkat, otak akan mengecut. Bagaimanapun, proses pengecutan ini boleh dicegah dengan memakan telur kerana ia mengandungi vitamin B12. Kuning telur mengandungi kandungan tertentu yang sangat baik untuk membina sel dalam otak.
 
5. Kari
Kari kaya dengan antioksida yang membantu melawan penuaan otak dan mengekalkan fungsi kognitif apabila kita tua. Antioksida ini juga melawan kerosakan radikal bebas yang berlaku di dalam tubuh dan otak.
 
6. Tiram
Tiram kaya dengan zat besi. Ia dapat menajamkan minda dan meningkatkan keupayaan untuk mengimbas semula maklumat dengan mudah. Kekurangan zat besi  boleh mengakibatkan seseorang itu hilang tumpuan.
 
7. Sayur-sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kubis dan kangkung membantu kita mengingat maklumat lama dengan baik seolah-olah anda baru mempelajarinya semalam.
 
8. Kacang soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus, iaitu kawasan penting untuk memori.
 
Sumber: Harian Metro.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails