Thursday, May 5, 2011

Sakit Tanda Sihat?

Rasa sakit selalu dianggap sebagai gangguan pada tubuh badan. Tahukah anda, apakah isyarat daripada rasa sakit tersebut?

Peranan rasa sakit sebenarnya untuk memberitahu si pesakit bahawa ada bahagian pada tubuh badan yang perlu diberi perhatian. Sakit perut mungkin disebabkan kita tidak memberi tumpuan ketika memilih makanan, makan dengan gelojoh atau tidak makan pada masa sepatutnya. Jadi, orang itu perlulah memberi perhatian kepada pemakanannya.

Rasa sakit kepala mungkin disebabkan terlalu banyak bekerja menggunakan otak atau banyak berfikir. Maka seseorang itu perlukan rehat bagi melegakan kesakitan tersebut.

Rasa sakit sebenarnya adalah petanda bahawa proses pemulihan kepada tubuh badan perlu disegerakan sebelum sakit yang lebih teruk berlaku. Rasa sakit ini sebagai amaran kepada manusia agar tidak menggunakan anggota tersebut secara berlebih-lebihan sehinggalah proses pemulihan selesai....

~so simple~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails