Hadis nabi: .....maanusia di pagi lagi ada yang menjual dirinya (memelihara diri daripada seksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri (tidak inginkan keredhaan Allah) -HR Muslim.
Mereka yang khianat adalah mereka yang membinasakan dirinya sendiri, seolah-olah tidak inginkan keredhaan Allah. Jadi, apa nak kisah sangat?
Memang anda tidak akan terlawan kalau orang mahu mengkhianati anda, sebab dia berada terlalu hampir dengan anda. Orang kata, musuh di seberang masih boleh nampak, tapi kalau musuh dalam keluarga sendiri setelah mengaku pun payah hendak percaya.
Jangan sesekali melakukan perkara yang sama terhadapnya. Jika anda melakukan begitu, anda pun sama jahat. Yang betul, jadikan semua pengkhianatan itu sebagai modal memperkuat jatidiri. Tertawalah oleh apa yang orang lakukan terhadap anda. Jika orang itu tahu anda tertawa, dia akan semakin sakit jiwa, silap-silap gila.
Orang mengkhianati anda sebab dia mahu tengok anda gelisah, tersungkur, menangis, sewel. Kalau boleh dia mahu tengok anda jatuh tergolek dan mati. Jika anda betul-betul gelisah, tersungkur, menanigs, sewel, jatuh tergolek, bukankah itu memberi kemenangan percuma kepadanya?
Usah berlawan dengan si pengkhianat. Sebaliknya semakin fokus dengan kerja yang anda usahakan. Anggap itu cabaran untuk lebih berjaya.
~Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj~
No comments:
Post a Comment